Duit raya anak Neelofa cecah puluhan ribu ringgit kalah orang dapat KWSP

Duit raya anak Neelofa cecah puluhan ribu ringgit kalah orang dapat KWSP

Duit raya anak Neelofa cecah puluhan ribu ringgit kalah orang dapat KWSP.

“Dia punya duit raya kalah duit orang dapat duit KWSP.”

Demikian antara respons netizen tentang pendedahan pasangan popular Neelofa dan Haris Ismail tentang jumlah duit raya milik anak mereka Muhammad Bilal yang berjumlah RM14,020.

Duit raya anak Neelofa cecah puluhan ribu ringgit kalah orang dapat KWSP

Perkara tersebut dikongsikan Neelofa dan Haris dalam sebuah video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok.

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal. Ada juga yang memberi sehingga 1,000 Dirham (RM1,192).

“Jadi Bilal punya duit raya tahun ini berjumlah RM14,020. Masya-Allah, lagi hebat daripada kita,” kata Haris.

Dalam video tersebut, kelihatan kedua-dua pasangan itu sedang sibuk mengira jumlah duit raya yang diterima bayi mereka yang kini telah berusia lima bulan itu sambil mengucapkan rasa syukur dan terima kasih.

Video yang baru dikongsikan Neelofa itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan, hampir 2000 komen dan lebih 6000 perkongsian semula.

Menjengah dalam ruangan komen, perkongsian Neelofa dan Haris itu turut mendapat pelbagai respons netizen. Ada yang berpendapat perkara tersebut mengundang riak dan tidak perlu dikongsikan dalam media sosial.

“Tak nak tunjuk muka anak sebab takut ada penyakit ain tapi tunjuk rezeki anak sampai 14k, lagi tinggi ain rasanya,” tulis seorang pengikut TikToknya.

“Tak perlu tunjuk satu dunia. Simpan rahsia untuk diri sendiri sudah,” komen seorang lagi netizen.

“Ustaz cakap jangan menunjuk-nunjuk harta yang kita ada,” tegur seorang lagi pengguna TikTok.

“Hebat, duit raya aku 100 tahun belum tentu,” komen seorang netizen.

Sekadar info, Neelofa dan Haris yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 selamat menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih belum mendedahkan wajah anak kesayangan mereka itu untuk tatapan peminat.

Baca Lagi:

Aksi peniaga selamba jawab ‘call’ ketika ditemubual wartawan cuit perhatian ramai

Wanita Rusia dikecam teruk selepas ‘selamba’ berbogel ambil gambar depan pokok ‘suci’ di Kuil

Wanita dicabul dalam bas ketika perjalanan pulang dari Kelantan ke Melaka

CATEGORIES
TAGS