Tular kanak-kanak pergi sekolah gadai nyawa naik ‘cable car’

Tular kanak-kanak pergi sekolah gadai nyawa naik ‘cable car’

Tular kanak-kanak pergi sekolah gadai nyawa naik ‘cable car’.

Ciapan bekas senator DAP, Adrian Lasimbang di Twitter megenai sekumpulan murid di Sabah yang bergadai nyawa menyeberangi sungai menggunakan rakit uzur dan bakul yang ditarik untuk ke sekolah mencuri tumpuan dan menjadi tular di media sosial.

“Orang lain di Malaysia hantar anak ke sekolah guna kereta.. Kita di Sabah hantar anak guna Cable Car.. Sabah Maju Jaya!

“Kanak-kanak ini pergi ke sekolah di SK Nangkawangan, Sook Pensiangan,” tulisnya.

Dia turut melampirkan video yang memaparkan cara kanak-kanak itu menyeberangi sungai setiap hari semata-mata untuk ke sekolah.

Sementara itu, video yang sama juga dikongsikan oleh ketua penerangan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Luqman Long di Twitter.

“Dua bulan jambatan putus, kena redah sungai naik rakit yang lebar satu depa je.

“Lepas dah seberang, kena naik pula tebing sungai yang curam dengan galas beg sekolah lagi.

“Ini tahun 2022, bukan zaman perang penjajah lagi. Macam mana boleh sampai macam ni?” tulisnya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah meluluskan dana kecemasan untuk mempercepatkan pembinaan jambatan gantung baru di kampung itu.

Ia bagi menggantikan struktur terdahulu yang musnah dua bulan lalu akibat banjir besar.

Tular kanak-kanak pergi sekolah gadai nyawa naik 'cable car'

Menurut Arthur Joseph, dia telah berjumpa dengan Ismail Sabri untuk membincangkan perkara yang melibatkan penduduk setempat, termasuk kanak-kanak yang terpaksa bergadai nyawa menyeberangi sungai ke sekolah menggunakan rakit dan bakul uzur berkenaan.

“Pegawai teknikal dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan dan pejabat daerah sudah pun melawat lokasi berkaitan dua hari lalu dan mula membuat laporan yang diperlukan.

“Dalam pada itu saya akan berbincang dengan masyarakat setempat tentang apa yang boleh kita lakukan untuk membantu pengangkutan murid untuk ke sekolah dengan cara yang selamat,” kata timbalan menteri kerja raya itu kepada Malaysiakini hari ini.

Kurup berkata hujan lebat telah meruntuhkan tebing sungai, mengubahnya menjadi seperti keadaan semasa dengan air mengalir deras.

“Banjir luar biasa ini tidak pernah berlaku di sana sebelum ini,” tambahnya.

Baca Lagi:

Lapan wanita Kelantan dipercayai ‘tukar wajah’ selepas diburu polis kes bunuh dan rompak

Askar mengaku rogol anak sendiri sebanyak 3 kali, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun, 34 sebatan

2000 ekor babi hilang di Port Dickson, hati-hati elak beli daging murah

CATEGORIES