Disangka panggilan dari scammer, rupanya lelaki  ini betul-betul menang Proton Saga 1.3

Disangka panggilan dari scammer, rupanya lelaki ini betul-betul menang Proton Saga 1.3

Disangka panggilan dari scammer, rupanya lelaki ini betul-betul menang Proton Saga 1.3.

Seorang ahli fisioterapi tidak menyangka belian baju raya anaknya di Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab) di Jalan Hang Tuah di sini yang berjumlah RM150 membawa pulangan rezeki sebuah kereta bernilai RM50,000.

Muhammad Rozairen Hairuddin, 30, diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah Melgrab yang membawa pulang sebuah Proton Saga 1.3 AT Premium.

Disangka panggilan dari scammer, rupanya lelaki ini betul-betul menang Proton Saga 1.3

Katanya, pada awalnya dia menyangkakan telah menerima panggilan daripada scammer apabila dimaklumkan telah memenangi sebuah kereta Saga bernilai RM50,000 kira-kira pukul 10.45 malam kelmarin.

“Saya ingat scammer sebab tiba-tiba sahaja bagitahu saya pemenang bertuah dan dapat hadiah sebuah kereta sedan.

“Bagaimanapun kemudian pihak penganjur menerangkan mengenai pembelian saya di bazar Melgrab dan saya merupakan pemenang hadiah utama cabutan bertuah yang dilakukan mereka secara ‘Live’ (siaran langsung) di Facebook,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui bersama-sama isterinya Siti Nadiah Zulkifly, 30, dan anak Firaz Nadhif berusia tiga tahun di Melgrab di Jalan Hang Tuah, di sini, malam tadi.

Baca Lagi:

Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Guru agama cabul 12 pelajar lelaki, umpan ajak mandi kolam air panas

CATEGORIES