Kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat usus pecah setelah didera ibu kandung, bapa tiri

Kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat usus pecah setelah didera ibu kandung, bapa tiri

Kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat usus pecah setelah didera ibu kandung, bapa tiri.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di rumah mereka di Jitra, dekat sini semalam.

Kanak-kanak terbabit dibawa ke Hospital Jitra dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad memberitahu, pihaknya menerima maklumat tentang kematian kanak-kanak terbabit pada pukul 7.30 malam semalam daripada pihak hospital.

Kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat usus pecah setelah didera ibu kandung, bapa tiri

Gambar hiasan

“Hasil pemeriksaan pada badan mangsa menemukan kesan luka dan lebam dipercayai akibat didera.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat usus pecah dipercayai akibat hentakan benda tumpul,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, maklumat mendapati kanak-kanak terbabit meninggal dunia kira-kira dua jam sebelum dibawa ke hospital.

Menurutnya, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik mempunyai penyakit asma dan sakit kulit.

“Setakat ini dua lagi anak wanita itu tidak mengalami kesan kecederaan akibat didera,” ujarnya.

Menurutnya, ibu kandung mangsa berusia 26 tahun dikatakan baru berkahwin dengan suspek berusia 22 tahun kira-kira empat bulan lalu.

“Suspek lelaki berniaga air manakala wanita tidak bekerja dan mempunyai rekod jenayah berkaitan curi motosikal.

“Hasil ujian urian mendapati mereka didapati negatif dadah,” tambahnya.

Tambahnya, kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca lagi: 

Tendang perut pengawal keselamatan, polis berpangkat koperal ditahan

Pemuda 18 tahun maut dihempap lif pada hari pertama bekerja

Soalan Matematik mudah, calon SPM luah rasa syukur ucap terima kasih kepada KPM

CATEGORIES