600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta “Honda Civic Type R Full Spec”

600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta “Honda Civic Type R Full Spec”

600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta “Honda Civic Type R Full Spec”.

Pada zaman di mana duit menentukan banyak perkara, anda tidak perlu menjadi seorang angkasawan untuk pergi ke angkasa. Apa diperlukan adalah duit untuk membeli tiket percutian ke angkasa di mana harganya mengalahkan Honda Civic Type R Full Spec.

Tiket percutian ini bukan daripada Jeff Bezos yang menawarkan perkhidmatan yang sama melalui Blue Origin tetapi ia daripada Space Perspective. Syarikat itu menyatakan mereka sudah berjaya menjual 600 tiket percutian ke angkasa yang ditawarkan Space Perspective.

Setiap tiket yang dijual berharga USD125,000 (sekitar RM530,000 sahaja) dan pakej percutian ini akan bermula pada tahun 2024. Percutian ini akan membawa anda dalam perjalanan hingga 30km dari planet kita ini.

600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta "Honda Civic Type R Full Spec"

Kapsyen: Ilustrasi belon yang akan membawa kapsul percutian ke angkasa

Mereka yang telah membeli tiket akan dibawa naik ke ruang angkasa melalui satu kapsul mewah yang dibina bersama belon. Belon tersebut akan bergerak ke atas dengan kelajuan sekitar 20km/j, jadi pelancong akan mempunyai masa yang banyak untuk menghayati pengalaman angkasa.

600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta "Honda Civic Type R Full Spec"

600 tiket percutian ke Angkasa habis terjual, harga tiket kalah kereta "Honda Civic Type R Full Spec"

Kapsulnya pula mempunyai rekaan mewah dan mempunyai sambungan Wi-Fi. Oleh itu, pelancong boleh berada di atas talian walaupun berada nun jauh di angkasa sana.

Penggunaan belon berbanding roket kerana ia lebih mesra alam dan itu merupakan cara terbaik untuk ke angkasa tanpa menggunakan bahan api. Kepada pembaca, adakah pengalaman ini berbaloi atau sebaliknya?

Baca Lagi:

Dibuang kerja selepas buat aduan Jabatan Buruh kerana gaji berbeza dengan bangsa lain, akhirnya dapat habuan sebanyak RM5000

Kisah ‘sedih’ di sebalik wang pengeluaran khas KWSP, tak semua orang boleh keluarkan RM10,000…

Tendang perut pengawal keselamatan, polis berpangkat koperal ditahan

CATEGORIES