‘Saya terpaksa lari dari depot kerana tidak sanggup dipukul’ – Tahanan Rohingya

‘Saya terpaksa lari dari depot kerana tidak sanggup dipukul’ – Tahanan Rohingya

‘Saya terpaksa lari dari depot kerana tidak sanggup dipukul’ – Tahanan Rohingya

Seorang tahanan Rohingya yang melarikan dari dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, di sini, hari ini didakwa terpaksa berbuat demikian kerana tidak sanggup dipukul sekiranya enggan berbuat demikian.

Menurut tahanan itu, dia telah dipukul sehingga lebam di mukanya oleh salah seorang tahanan lain kerana pada awalnya dia tidak mahu melarikan diri ketika rusuhan berlaku.

Selain itu, katanya, dia turut mengalami luka di kepala kerana dipercayai terjatuh sewaktu melarikan diri dalam gelap.

“Tahanan yang membuat kecoh tersebut merupakan mereka yang tidak memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Jumlah mereka terlalu ramai dan memaksa kami yang memiliki kad sah supaya turut melarikan diri beramai-ramai atau kami akan dipukul serta dicederakan,” katanya ketika selepas ditahan semula di sini hari ini.

'Saya terpaksa lari dari depot kerana tidak sanggup dipukul' - Tahanan Rohingya

Tahanan tersebut bersama dua lagi individu yang turut sama diberkas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu sebelum dihantar ke depot untuk tindakan lanjut.

Seorang tahanan tersebut turut cedera di kaki ketika melarikan diri dengan mereka dikatakan bersembunyi dalam dusun durian sebelum diberkas polis.

Penangkapan mereka itu difahamkan dibuat hasil maklumat orang awam dan penduduk kampung.

Baca Lagi:

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Lelaki ini dedah rupanya Bella bukan yang pertama, adik Adam meninggal dunia dirumah bonda bawah jagaan Siti Bainun

CATEGORIES