Rakyat Malaysia dipaksa jadi ‘Scammer’,  didera dengan renjatan elektrik jika gagal cari mangsa

Rakyat Malaysia dipaksa jadi ‘Scammer’, didera dengan renjatan elektrik jika gagal cari mangsa

Rakyat Malaysia dipaksa jadi ‘Scammer’, didera dengan renjatan elektrik jika gagal cari mangsa.

Seorang lelaki yang terkandas di Myanmar akibat ditipu sindiket pekerjaan mendedahkan diperlaku kejam termasuk didera dengan renjatan elektrik jika gagal mencapai sasaran mencari mangsa­ untuk ditipu seminggu sekali.

Mangsa yang mahu dikenali Joe, 27, berkata, dia dipaksa kerja sebagai scammer dalam talian selain mencari mangsa untuk ditipu dalam pelaburan mata wang kripto.

“Saya juga pernah didenda ang­kat 18 biji batu-bata sejauh lima meter secara berulang-alik dari 7 pagi hingga 5 petang, itu denda jika tidak dapat cari orang untuk ditipu,” jelasnya pada sidang akhbar di pejabat

Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Yeo Keng Chuan di sini semalam.

Rakyat Malaysia dipaksa jadi 'Scammer',  didera dengan renjatan elektrik jika gagal cari mangsa

KENG CHUAN (kiri) dan Joe ketika ditemui di pejabat ADUN Kulim di Kulim semalam.

Tambah Joe, dia terlepas azab itu selepas tiga bulan bekerja di negara tersebut setelah memaklumkan mahu pulang ke Malaysia tetapi dengan syarat dia perlu membayar ganti rugi sebanyak RM52,000.

“Masa saya bagi tahu mahu pulang, sindiket itu bagi telefon bimbit untuk saya hubungi ke­luarga minta wang ganti rugi itu.

“RM52,000 adalah untuk kos keseluruhan termasuk kos pe­ng­angkutan kepada syarikat. Selepas semua pembayaran selesai, saya bersama tiga lagi rakan dibenarkan pulang,” katanya.

Pada 12 April lalu seramai 16 rakyat Malaysia diselamatkan oleh pihak berkuasa negara Kemboja yang turut terlibat dalam sindiket penipuan scammer dan judi dalam talian.

Kesemua rakyat Malaysia itu ditipu tawaran kerja lumayan di negara itu sebaliknya dipaksa menjadi scammer.

Tambah Joe, dia dan tiga lagi rakannya ke Myanmar setelah dijanjikan bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan tetapi malangnya diupah untuk menjadi penipu dalam talian.

“Kami juga diberi gaji mengikut mata wang Thailand iaitu antara 10,000 bath sehingga 20,000 bath iaitu antara RM1,200 sehingga RM2,000 sedangkan gaji yang dijanjikan adalah antara RM3,000 hingga RM5,000,” ujarnya.

Sementara itu, Keng Chuan meminta anak muda di negara ini agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran gaji tinggi untuk bekerja di luar negara.

“Pihak kerajaan perlu memandang serius perkara ini yang melibatkan isu pemerdagangan manusia oleh sindiket penipuan ini yang menjadikan golongan muda sebagai sasaran,” tambahnya.

Baca lagi: 

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

Belum reda kes basikal lajak, tular budak2 baring atas jalan serah nyawa mintak kereta langgar

Nabila Huda dedah “itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k”

CATEGORIES