Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak kawan sendiri

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak kawan sendiri

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak kawan sendiri.

Seorang penceramah bebas ditahan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga anak rakannya di sebuah rumah bot di Hulu Terengganu.

Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu semalam ketika hadir memberi keterangan.

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak kawan sendiri

Gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman berkata, kejadian didakwa pada Mac lalu ketika mangsa berusia lima tahun mengikuti keluarganya yang menyertai program diadakan suspek di rumah bot berkenaan.

Beliau berkata, suspek didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Ketika kejadian, mangsa hanya ditemani ayah dan neneknya sementara ibu mangsa tidak mengikuti program berkenaan.

“Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebaik pulang daripada program berkenaan sebelum satu laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut.

“Suspek kini direman selama dua hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baca Lagi:

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

Nabila Huda dedah “itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k”

CATEGORIES