Penemuan berlian bernilai lebih RM300 ribu mengubah nasib seorang petani

Penemuan berlian bernilai lebih RM300 ribu mengubah nasib seorang petani

Penemuan berlian bernilai lebih RM300 ribu mengubah nasib seorang petani.

Seperti kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Seorang lelaki langsung tidak menyangka kehidupannya akan berubah ketika sedang mengusahakan tapak tanah yang disewanya.

Petani yang dikenali sebagai Lakhan Yadav, 45, menemui berlian 14.98 karat itu ketika menggali tanah di tapak yang disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh. Batu berlian yang ditemuinya itu bernilai lebih kurang RM327,000!

Penemuan berlian bernilai lebih RM300 ribu mengubah nasib seorang petani

Yadav pada awalnya menyangka batu tersebut sebagai batu kerikil. Tetapi setelah menggosok kotoran pada batu itu, dia melihat batu itu bersinar dan berbeza daripada batu lain.

Dia segera membawa batu itu kepada pakar batu berlian di daerah tersebut dan pakar mengesahkan batu tersebut adalah berlian yang bernilai lebih daripada £60,000 (lebih kurang RM327K)

Petani itu kemudian menjual berlian tersebut. “Ini telah mengubah hidup saya,” katanya memetik daripada laporan Times of India.

 

Penemuan berlian bernilai lebih RM300 ribu mengubah nasib seorang petani

Yadav berkata, dia akan menyimpan sebahagian daripada wang itu untuk kegunaan pendidikan anaknya yang lebih utama berbanding kehendaknya yang lain.

Dia juga telah membeli sebuah motosikal dengan tanah seluas dua hektar serta dua ekor kerbau dengan wang yang diterima sebagai ganti rugi kerana pihak Taman Negara Panna telah mengambil alih tanah tempat tinggal keluarganya untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan spesis harimau.

“Saya membeli sebuah motosikal kerana dinasihatkan oleh anak saudara saya. Tetapi saya cukup sekadar menunggang basikal,” katanya.

Yadav berkata, dia tidak akan berhenti dan akan terus mencari dan berharap akan menemui batu itu lagi di tanah yang akan diusahakannya beberapa bulan lagi.

https://youtu.be/lXwfehegZgQ

Baca Lagi:

Kes basikal lajak : Saksi tampil dedah perkara sebenar yang berlaku, ramai yang tertipu

Nabila Huda dedah “itulah peguam yang nak merompak duit saya sebanyak RM900k”

Belum reda kes basikal lajak, tular budak2 baring atas jalan serah nyawa mintak kereta langgar

CATEGORIES