Biawak kena rogol, empat lelaki ditahan pegawai perhutanan

Biawak kena rogol, empat lelaki ditahan pegawai perhutanan

Biawak kena rogol, empat lelaki ditahan pegawai perhutanan.

Empat lelaki di negeri Maharashtra, India ditahan atas dakwaan merogol seekor biawak Bengal di sebuah kawasan perlindungan harimau, lapor laman berita India Today.

Biawak Bengal dikategorikan sebagai spesies simpanan di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India 1972.

Biawak kena rogol, empat lelaki ditahan pegawai perhutanan

Gambar hiasan

Insiden jelik itu terbongkar apabila pegawai perhutanan menemui rakaman aksi rogol dalam telefon bimbit salah seorang tertuduh.

Keempat-empat suspek ditahan dengan bantuan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di dalam Kawasan Simpanan Harimau Sahydari dan ditahan oleh pegawai perhutanan.

Peralatan lain yang dirampas oleh pihak berkuasa termasuk pistol yang digunakan untuk pemburuan haram, bateri dan dua motosikal.

Tiga daripada tertuduh juga didapati melawat kawasan simpanan itu bagi tujuan memburu.

Beberapa lagi gambar haiwan seperti tenggiling, arnab, kancil dan landak turut ditemui dalam telefon bimbit itu.

Pada 8 April lalu, mahkamah tempatan membenarkan mereka diikat jamin.

Pegawai perhutanan menambah bahawa mereka sedang menuntut hukuman maksimum dikenakan kepada keempat-empat suspek.

Sekiranya tertuduh disabitkan kesalahan, mereka boleh dipenjara tujuh tahun jika didakwa dan didapati bersalah di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk mendakwa tertuduh melakukan kesalahan di bawah undang-undang berbeza iaitu IPC Seksyen 377 (Kesalahan Luar Biasa).

Baca Lagi:

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

Ini cara semak baki kredit Touch ‘n Go (TNG) pada Mykad anda dengan mudah

‘Mat Salih’ berang tunjuk isyarat lucah selepas ditegur tidak pakai pelitup muka

CATEGORIES