Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa.

Orang kaya dan orang banyak duit. Nampak sama tapi tak serupa.

Orang banyak duit belum tentu kaya. Namun orang kaya tentu sahaja banyak duit. Tidak sukar membezakan dua golongan ini, lihat sahaja bagaimana cara pengurusan kewangan mereka, tekan kalkulator dan nilai sendiri.

Dan bagaimana pɛnyakit suka tunjuk kaya menjurus kepada kemunculan ribuan ‘orang kaya baru’ di media sosial. Segala-galanya dipaparkan demi memenuhi lifestyle dan konten untuk disuap kepada follower di muka buku dan Instagram.

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

Tidak dinafikan golongan ini banyak duit hasil pendapatan yang diperoleh, namun bukit andai ditarah setiap hari, rata akhirnya. Orang kaya yang bijak tidak makan ‘pokok’ sebaliknya mereka hanya menuai buah.

Sebab itu andai salah percaturan dan asyik menɛbang pokok, hasil entah ke mana, tanah pun jadi rata. Muflis jawabnya.

Fahamkan sendiri apa yang cuba disampaikan pakar kewangan, Dr Mohd Shukur apa bezanya orang kaya dan orang banyak duit. Nilai sendiri anda kategori mana.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA “ORANG KAYA” DAN “ORANG BANYAK DUIT”.

Kerapkali orang kɛliru kenapa ada golongan T20 yang berbeza kesudahan hidupnya, malah ada yang muflis dan sebagainya, juga ada yang semakin kaya.

Berikut saya kongsikan sedikit apakah perbezaan antara “orang kaya” dan “orang banyak duit”.

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

1. ORANG BANYAK DUIT.

Golongan ini wujud kerana mereka memperoleh gaji yang tinggi setiap bulan meletakkan mereka dalam kategori T20. Selain itu ianya juga dari golongan usahawan yang memperoleh keuntungan bersih tinggi, Ejen / Leader Takaful, Unit Trust , MLM dan lain2 yang memperoleh komisen / overiding tinggi setiap bulan, Artis / Selebriti / Komposer yang memperoleh bayaran lumayan dari hasil kerja mereka dan banyak lagilah.

Mereka menyesuaikan duit yang banyak diterima setiap bulan dengan perbelanjaan dan life style. Berbelanja dari active income. Makan di tempat yang mahal-mahal, minum petang ditunjuk kopi premium dan sepotong kek di tempat mahal. Pakaian, kasutnya, handbag berjenama pun mahal dan ada yang kalau dah post kat FB tu tak nak pakai lagi ( kecuali pakai tapi tak post ).

Handphone pun mahal dan latest. Setiap minggu jika bukan PKP gi cuti ambik hotel…i tak bolehlah kalau tak tengok laut setiap weekend you…! Gitu.

Untuk menyesuaikan lagi pendapatan bulanan yang banyak mereka akan beli rumah yang mahal dan kereta2 yang mahal-mahal supaya mereka boleh dilihat sebagi orang banyak duit walaupun hakikatnya hutang 9 tahun. Time beli siap potong riben gitu dan panggil ramai2 posing dan siap ada video ucapan motivasi lagi. Hari ini tercapailah sudah impian membeli kereta mewah ini, lihatlah dunia…anda juga boleh…katanya. Gitu.

(Kemudahan pinjaman bank diperolehi kerana boleh dibuktikan dengan pendapatan dan dokumen sokongan untuk layak memperoleh pinjaman bank).

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

2. ORANG KAYA.

Golongan ini sama seperti orang banyak duit iaitu menerima pendapatan yang banyak setiap bulan. Mereka pun shopping begitu juga perbelanjaan life style tapi bezanya ialah mereka menggunakan passive income.

Contoh : Jika dia nak beli Handphone baru berharga RM 4,000 dia akan tangguhkan hingga awal tahun depan.

So dia pakai la dulu Handphone yang retak screen tu selamba jer walau pun dij0lok-j0lok…kaya pun kedɛkut… belilah baru…

Awal tahun depan jika pulangan/dividen dari simpanan dia ialah 4-5% contohnya , jadi setiap R.M 1 juta dia dapat dividen RM 40K-50K. Beli HP tu 4K, dia ada baki lagi RM 46K untuk shopping atau pergi bercuti.

Orang banyak duit bercuti luar negara guna active income, Orang kaya bercuti juga menggunakan passive income . Gitu.

(Contoh passive income : Dari dividen simpanannya. Mereka makan buah, bukan makan pokok)

Dalam filem kerap ditunjuk orang kaya hisap cigar padahal hakikatnya ramai orang kaya yang rokok pun dorang tak hisap. Vape lagilah tidak. Mereka enjoy life tanpa perlu memb4kar duit.

Juga orang kaya tidak berjvdi ataupun beli tiket lotɛri / nombor ek0r. Katanya, jvdi atau n0mbor ekor ini ialah dɛnda kepada orang yang gagal dalam matematik, terutamanya dalam pr0bability.

Mereka hidup sederhana. Keretanya macamana dibeli macam tulah. Dia tak sibuk nak imprɛss orang dengan pasang spoiler ke, tukar grill ke, wrap body ke, tukar sport rim baru ke… dia bergerak dengan apa yang ada. Dia pun tak berminat asyik beli baju baru, baginya asalkan kemas dan bersih.

Golongan ini suka bekerja/berniaga kerana baginya menyeronokkan. Mereka berhati-hati dengan wang yang diperoleh dan tidak mudah jadi mangsa scammɛr mahupun skim cepat kaya sebab mereka tahu tidak ada short-cut untuk kaya.

Ini perbezaan orang kaya dan orang banyak duit, nampak sama tapi tak serupa

Semoga bermanfaat yea.

Baca Lagi:

Elak dari kerahan tenaga, lelaki Ukraine sanggup berpakaian wanita cuba tinggalkan negara

Enggan bayar tambang, remaja perempuan kelar leher pemandu e-hailing

Seorang pelakon drama wanita hilang sabar! Dedah identiti wanita ‘kaki sondol’ hadap suaminya

CATEGORIES