5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia.

Sejak kes pembunuhan Kim Jong-Nam, hubungan baik Malaysia dengan Korea Utara yang pernah terjalin suatu ketika dulu kini terputus seperti dua insan bercinta. Korea Utara tuduh Malaysia telah memalsukan bukti, malah menganggap Amerika Syarikat dan Korea Selatan turut sama bersubahat.

“Kerajaan Malaysia kenalah bertanggungjawab ke atas kematian Kim Jong-Nam sebab seorang rakyat Korea Utara telah mati di negara tersebut.” – Jurucakap Korea Utara. Dipetik dari Reuters

Malaysia sebelum ni pernah juga ada kes salah faham dengan negara luar macam Filipina mengenai kes pulau, masalah pembersihan etnik Rohingya dengan Myanmar dan masalah popiah dengan Indonesia. Tapi semua ni taklah seserius dengan Korea Utara. Lagi membimbangkan adalah Korea Utara ni jenis tak kisah langsung pasal peraturan antarabangsa – itu apa yang negara lain katalah. Tambahan lagi, kita tak tahu apa tindakan Korea Utara lepas ni:

“Anda memang tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Sukar nak tahu apa Korea Utara nak buat lepas ni.” – Steve Hall, bekas ketua CIA, dipetik oleh CNN.

Jadi kami pun siasat dan jumpa lima perkara yang Korea Utara boleh buat kat Malaysia. Tapi sebelum tu kami nak buat penafian sikit, artikel ni cumalah sekadar spekulasi, dan tak bermakna kitorang nakkan benda ni jadi kat Malaysia. Siapa tak sayang negara sendiri woi!

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Kami juga dah jumpa banyak contoh di mana Korea Utara tak ikut undang-undang antarabangsa, contohnya bila mereka buat ujian senjata nuklear dan menindas hak asasi manusia.

Hakikatnya adalah penting untuk kita menilai ancaman yang mendatang dengan tujuan untuk berjaga-jaga. Even Kementerian Pertahanan pun dah mulakan langkah berjaga-jaga. Tanpa berlengah lagi, ini lima cara ancaman yang boleh Korea Utara lakukan.

5. Korea Utara mungkin menembak peluru berpandu ke Malaysia – dengan senjata nuklear

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Nuclear Threat Initiative adalah sebuah organisasi bebas yang bekerja dengan kerajaan untuk menilai dan mengawal senjata pemusnah. Menurut mereka, Korea Utara boleh menghasilkan senjata gred plutonium, dan telah dilaporkan mereka ada tujuh peluru berpandu yang boleh bergerak sehingga 12,000 km.

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Memandangkan jarak antara Pyongyang dan Kuala Lumpur adalah kurang daripada 5,000 kilometer, ini bermakna kebanyakan peluru berpandu mereka sebenarnya boleh sampai sini dan Malaysia berpotensi untuk musnah disebabkan tembakan tersebut tapi ancaman tu yang paling tak mungkin berlaku.

Sebab kita bukanlah sasaran utama mereka. Memang betul hubungan diplomatik kita dengan Korea Utara dah retak seribu seperti retaknya skrin phone kami tapi kalau Korea Utara nak lancarkan peluru berpandu, mereka akan mulakan dengan musuh utama mereka iaitu Korea Selatan dan AS.

Dah tentu korang boleh cakap yang Korea Utara tak berani serang negara-negara tersebut sebab kekuatan masing-masing, tapi Malaysia ada geng sendiri yang boleh diharapkan. Kementerian Pertahanan sendiri cakap yang kita tak mungkin boleh lawan dengan Korea Utara dalam peperangan tapi kita boleh minta tolong. Nak lancarkan peluru berpandu ni bukan senang-senang macam dalam game, ia sebenarnya ambil masa selama beberapa jam hingga satu hari untuk persiapan pelancaran.

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

“Selalunya lepas Korea Utara buat ujian senjata, akan ada kenyataan dari AS dan Jepun sama ada ujian tu berjaya atau tak sebab mereka selalu memantau walaupun Korea Utara tak buat ujian lagi pun…” – Penganalisis Korea Utara di Stratfor, dipetik oleh Vice.

Korea Utara pun dah lama diperhatikan oleh Korea Selatan, Amerika dan Jepun. Jadi kat sini kita tahu akan ada pihak yang menghentikan pelancaran sebelum ia berlaku atau sekurang-kurangnya ada yang membantu untuk menembak serangan tersebut ke bawah (harapnya macam tu).

Tiada siapa yang dapat pastikan bahawa peluru berpandu Korea Utara dapat jejak Malaysia. Walaupun kita dah biasa dengar berita kegagalan pelancaran mereka yang jadi bahan ketawa seluruh dunia, penganalisis pertahanan mendapati bahawa keupayaan mereka telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Contohnya ujian pelancaran roket mereka baru-baru ni berjaya mendarat di wilayah Jepun.

4. Korea Utara mungkin guna senjata kimia atau senjata biologi

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Ketua Polis Negara, Khalid sedang menjelaskan apa itu senjata VX. Imej dari Reuters dan DailyMail

Menurut Nuclear Threat Initiative lagi, Korea Utara mempunyai akses kepada kedua-dua senjata kimia dan biologi termasuk mustard , sarin, smallpox dan anthrax dengan pengeluaran kapasiti dianggarkan sehingga 12,000 tan senjata kimia setahun.

Pihak berkuasa tempatan telah menyatakan kematian Kim Jong-Nam adalah disebabkan ejen saraf yang telah diharamkan iaitu VX – macam dalam filem The Rock lakonan Nicholas Cage. Bahayanya VX adalah konsisten dan keupayaan ia untuk terus berada di sekeliling.

Bahan kimia ni juga boleh diguna dalam bentuk cecair atau gas, makna kata bahan kimia tu boleh ada dalam bekalan air, di udara mahupun dalam makanan. VX juga berkait dengan sarin, di mana kali terakhir digunakan ketika kumpulan ajaran sesat Jepun menyerang di kereta api bawah tanah Tokyo pada tahun 1995, serangan tersebut telah menyebabkan 12 orang mati dan 5,000 orang buta buat sementara. Satu pengalaman yang sangat menggerunkan:

“Seorang lelaki berguling-guling atas lantai macam ikan yang keluar dari air.” – Jurugambar Nobuo Serizawa, dipetik oleh TIME.

Walaupun tak pasti 100% yang VX digunakan (Pyongyang telah menafikannya secara rasmi), beberapa pakar mengatakan ia sangat berbahaya jika betul, sebab kes ini akan menjadi pembunuhan berunsur politik pertama dilakukan menggunakan VX dan kejadian ni mungkin akan berulang lagi.

3. Korea Utara mungkin hantar spy kat Malaysia untuk buat kacau

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Siapa lagi ingat scene ni dalam cerita Totally Spies? Imej dari Youtube.

Tapi kalau betul lah Korea Utara guna VX untuk bunuh Kim Jong-Nam, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah macam mana senjata kimia tu dibawa masuk? Ada dua kemungkinan. Pertama, pegawai kedutaan seludup masuk guna beg diplomatik (sebab pernah ada sejarah kes seumpama ni berlaku) dan kedua, boleh jadi bahan kimia tu dibuat di Malaysia sebab polis jumpa bahan yang disyaki dalam unit kondominium kat Jalan Klang Lama.

Korea Utara juga mempunyai sejarah menjalankan pembunuhan di negara luar. Antara yang ketara ialah:

Percubaan membunuh Presiden Korea Selatan dengan bom di Yangon, Myanmar yang membunuh 21 orang pada tahun 1983
Pengeboman syarikat penerbangan Korea Airlines yang perjalanan dari Baghdad ke Seoul yang telah mengorbankan 115 orang pada tahun 1987. (Cerita lebih lanjut kemudian.)
Serangan 31 komando Korea Utara di kediaman Presiden Korea Selatan pada tahun 1968.

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Selepas kejadian pengeboman di Yangon. Imej dari Bussiness Insider

So ada ke kemungkinan spy Korea Utara wujud kat Malaysia? Mungkin lebih dari apa yang korang sangkakan:

“Mereka menghantar orang-orang mereka yang ada skil dan bekerja seperti orang biasa yang tinggal bersama keluarga… bila ada hal penting macam kes Kim Jong Nam ni, mereka dipanggil untuk menjalankan misi.” – Jang Jin Sung, Pekerja Agensi Perisikan Korea Utara, dipetik oleh Reuters.

Dalam artikel sebelum ni, kami ada cerita pasal Pyongyang Koryo iaitu sebuah restoran Korea Utara yang ada cawangan di KL. Dikatakan yang pelayan-pelayan kat situ dilatih untuk mengumpulkan maklumat manakala restoran tu beroperasi sebagai pangkalan perisik Korea Utara. Bukan itu je, perisik Korea Utara didapati secara terbuka mengendalikan syarikat penjualan senjata tentera (dengan laman web bagai) kat tengah-tengah kota raya KL.

Tapi korang jangan ingat senang-senang macam tu je nak kesan perisik Korea Utara sebab…

2. Korea Utara mungkin akan menculik orang Malaysia (sekali lagi?)

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

4 mangsa yang diculik pada tahun 1978. Imej dari Straits Times

Benda ni dah jadi sejak tahun 1950-an lagi bila Kim il-Sung dengan idea pelik dia menculik rakyat sendiri untuk tujuan meramaikan populasi. Plan ni diteruskan Kim Jong-il di mana mereka culik beberapa orang dari negara lain untuk guna pasport mangsa dan melatih perisik mereka cakap bahasa tempatan dan pura-pura jadi orang tempatan. Lagi pelik, untuk bangunkan industri perfileman mereka, seorang pengarah filem terkenal Korea Selatan dan isteri telah diculik kat Hong Kong dan dipaksa untuk buat filem selama 8 tahun sebelum dia dapat melarikan diri.

Pada kemuncak penculikan tahun 70-an dan 80-an, rakyat Jepun merupakan sasaran utama sebab pasport Jepun laku kat mana-mana je. Ingat lagi tak cerita pasal pengeboman syarikat penerbangan Korea Selatan yang dah cerita kat atas tadi? Kedua-dua perisik telah ditangkap dan dipaksa telan kapsul cyanide untuk bunuh diri.

Walaubagaimanapun, Kim Hyun-Hui terselamat dan selepas beberapa tahun, dia mendedahkan kisah hidup dia yang selama ini menjadi perisik Korea Utara. Dia cerita yang dia telah dilatih selama 3 tahun oleh rakyat Jepun bernama Yaego Taguchi yang telah diculik dari rumah dia di Utara Jepun. Dalam usaha untuk menjalankan misi pengeboman, Kim dan pasangan dia menyamar jadi pasangan anak dan ayah dalam siri lawatan Eropah.

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Kim Hyun-Hui. Klik untuk tengok video interview dia.

Satu-satunya penculikan rakyat Malaysia yang telah didokumentasikan terjadi pada tahun 1978, di mana 5 perempuan (4 orang Malaysia dan seorang rakyat Singapura) yang bekerja sebagai agensi pengiring diculik selepas menaiki bot parti yang dianjurkan oleh ‘ahli perniagaan Jepun’ di Singapura. Plot twist kat sini, bisnesman Jepun tu mungkin juga telah menculik dua perempuan Cina kat Macau guna taktik sama. Charles Jenkins, tentera AS yang pernah membelot dengan pergi ke Korea Utara (dan belot balik) dakwa pernah nampak satu penculikan rakyat Malaysia di Pyongyang pada tahun 80-an.

Charles Jenkins juga mendedahkan yang warga asing selalu dikahwinkan dengan askar tempatan atau kahwin sesama mereka (Charles kahwin dengan mangsa penculikan Jepun). Bila anak perempuan dia lahir, dia kemudiannya sedar yang Pyongyang sebenarnya nak latih mereka jadi perisik. Dia syak ‘program pembiakan’ ni untuk lahirkan generasi baru Korea Utara yang tak nampak muka Korea.

“Kalau saya terus tinggal di Korea Utara, anak perempuan saya sekarang mungkin dah jadi spy kat Korea Selatan sekarang.”- Charles Robert Jenkins, dipetik oleh The Atlantic.

1. Korea Utara mungkin lumpuhkan internet Malaysia

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Imej dari meme generator

Yup, ini merupakan ancaman dengan kemungkinan tertinggi boleh berlaku. Walaupun meme kat atas macam menyindir keupayaan teknologi Korea Utara, sebenarnya Korea Utara telah banyak melatih hacker untuk membuat kerosakan kat internet untuk beberapa dekad, melalui Jabatan Perang Siber yang dipanggil Biro 121.

Korea Utara telah dikaitkan dengan beberapa kes hacking berprofail tinggi, termasuk kes hack Sony Pictures 2014 (didakwa sebagai membalas dendam sebab buat filem yang menyindir Kim Jong-Un), rompakan siber sebanyak 81 juta dolar dari Bank Pusat Bangladesh pada 2016 dan baru-baru ni ada pula kempen yang menyasarkan organisasi di 31 negara berbeza. Untuk pengetahuan korang, beberapa organisasi di Malaysia (termasuk CIMB bank) dalam langkah berjaga-jaga menghadapi sebarang serangan siber dari Korea Utara.

Apa yang menjadikan kemungkinan ini No.1 ialah Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA) mendapati hackers Korea Utara mengakses internet dari dalam Malaysia. Menurut laporan dari Bernama, ada sumber yang mendedahkan bahawa orang Korea Utara bekerja sebagai Pakar IT di Cyberjaya untuk membantu kerajaan mereka kumpul data dan maklumat dalaman.

“Mereka ni bukan orang biasa sebab mereka telah dilatih sebelum dipilih oleh rejim mereka untuk dihantar kerja kat luar negara. Dengan hidup makan gaji dengan syarikat tempatan, kehadiran mereka kat Malaysia bukan untuk kerja makan gaji semata-mata tapi untuk jadi perisik juga.” – Dipetik oleh Bernama via ChannelNewsAsia

Untuk bayangkan bank kita digodam memang sangat menakutkan sebab ia mampu merosakkan ekonomi negara (termasuklah pembelian online korang), tapi apa yang lebih menakutkan ialah Korea Utara dituduh menggodam kereta api bawah tanah Korea Selatan dan loji tenaga nuklear.

Tapi dalam semua kemungkinan, Malaysia akan kekal selamat

5 perkara yang menakutkan mungkin Korea Utara boleh buat pada Malaysia

Sebab kita ada Raja Bomoh..yeay! Imej dari The Star

Dengan semua keadaan yang jadi kat kita sekarang ni, rakyat Malaysia yang ada keinginan nak pergi Korea Utara mungkin kena lupakan hajat yang terbuku di hati. Kerajaan sudah melakukan perbincangan diplomatik dengan Korea Utara dan nampaknya semua berakhir dengan baik.

Tapi untuk mengurangkan kebimbangan korang, macam yang kami jelaskan, Korea Utara tak gila lagi untuk terus serang Malaysia sebab kat sini ada negara luar juga yang terlibat. Negara luar yang paling mungkin campur tangan dan halang serangan peluru berpandu:

“Risiko untuk keadaan jadi lebih serius masih jauh. Kuasa ketenteraan Korea Utara hanya untuk musuh utama negara mereka: Korea Selatan, AS, Jepun dan terbaru China.”

“Korea Utara tahu kalau mereka serang, ia hanya akan mencetuskan tindak balas yang menyebabkan mereka dalam kerugian. Korea Utara mungkin nampak macam gila kuasa tapi mereka sebenarnya boleh berfikir dengan rasional.” – Shahriman Lockman, Penganalisis Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia.

Baca Lagi:

Seorang pelakon drama wanita hilang sabar! Dedah identiti wanita ‘kaki sondol’ hadap suaminya

Elak dari kerahan tenaga, lelaki Ukraine sanggup berpakaian wanita cuba tinggalkan negara

Pengemis fasih berbahasa inggris meminta makanan, tindakan wanita ini buat ramai tersentap

CATEGORIES