Van terbabas ke laluan bertentangan, sepasang suami isteri dan anak perempuan maut dalam kemalangan

Van terbabas ke laluan bertentangan, sepasang suami isteri dan anak perempuan maut dalam kemalangan

Van terbabas ke laluan bertentangan, sepasang suami isteri dan anak perempuan maut dalam kemalangan.

Gara-gara kecuaian pemandu sebuah van yang terbabas ke laluan bertentangan, sepasang suami isteri dan anak perempuannya meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 128 Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini, semalam.

Pertembungan itu dipercayai membabitkan tiga kenderaan iaitu lori jenis Nissan, kenderaan khas van Daihatsu (Ninjavan) dan Perodua Kancil kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pemandu Perodua Kancil, Nur Rawiyah Abu Samah, 25, dan dua penumpangnya iaitu bapa Nur Rawiyah, Abu Samah Mohamed, 74, dan ibunya, Saripah Ab. Malek, 59.

 Van terbabas ke laluan bertentangan, sepasang suami isteri dan anak perempuan maut dalam kemalangan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh berkata, semua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat tersepit dalam Perodua Kancil dinaiki mereka.

Menurutnya, anak kepada Nur Rawiyah berusia setahun, Muhammad Harraz Mikhael Shafiq Hayqal, tidak mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan awal mendapati kenderaan khas Ninjavan yang dalam perjalanan dari Leban Chondong ke arah Kuala Rompin hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan hingga menyebabkan pertembungan membabitkan sebuah lori dan kereta.

 Van terbabas ke laluan bertentangan, sepasang suami isteri dan anak perempuan maut dalam kemalangan

“Kemalangan dipercayai berlaku disebabkan kecuaian pemandu van kerana gagal mengawal kenderaannya dan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Pemandu lori jenis Nissan, Mohd. Nazri Mohamed, 49, dari Kampung Perepat, dekat sini, hanya mengalami luka ringan manakala pemandu Ninjavan, Syed Muhammad Fikri Sy Zainal Abidin, 24, dari Kampung Tengah, Kuantan patah bahu dan cedera di kaki,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Kamarulzaman berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada Unit Forensik Hospital Kuala Rompin, untuk tindakan lanjut manakala mereka yang cedera turut menerima rawatan.

Katanya, kemalangan yang meragut tiga nyawa itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Bomba Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dua pegawai dan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin terlibat dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Kancil berkenaan.

Katanya, peralatan khas digunakan dalam operasi itu memandangkan mangsa berada dalam kenderaan yang remuk kesan rempuhan kuat dari hadapan.

Baca lagi:

PANAS!!! ADUN Kelantan ditipu scammer hampir RM85,000 lesap

Mike Tyson bakal bangunkan kerajaan ganja, ada Tyson Universiti dan Hotel mewah

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

CATEGORIES