Warga emas meninggal dunia dalam kuliah agama selepas bertanyakan soalan tentang mati

Warga emas meninggal dunia dalam kuliah agama selepas bertanyakan soalan tentang mati

Warga emas meninggal dunia dalam kuliah agama selepas bertanyakan soalan tentang mati.

Satu video yang menunjukkan seorang jemaah meninggal dunia ketika mengikuti kuliah agama di sebuah masjid di sini menjadi tular dalam media sosial.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram milik @sholawatamkuy pada Sabtu lalu dan menurut kapsyen, jemaah lelaki warga emas itu meninggal dunia pada selepas bertanyakan soalan pasda satu kuliah agama.

Kejadian itu berlaku di Masjid Annur Cilendek dan video menunjukkan jenazah jemaah tersebut dikerumuni jemaah lain.

Menurut sumber, jemaah lelaki itu sempat bertanya kepada ustaz mengenai adakah umat Islam yang sudah meninggal dunia boleh bertemu dengan Nabi Muhammad SAW.

Ketika soalannya dijawab oleh ustaz, jemaah itu menyandarkan badannya di tembok sebelum sesak nafas dan meninggal dunia.

Kebanyakan pengguna media sosial yang melihat video tersebut mendoakan kesejahteraan jemaah terbabit dan menyifatkan kematiannya sebagai husnul khatimah.

WhatsApp Image 2021 11 03 at 10.08.37 AM 709x1024 1

WhatsApp Image 2021 11 03 at 10.08.21 AM 937x1024 1

Baca Lagi:

Gempar !!! Tujuh banduan tahanan reman mahkamah Penjara Jelebu loloskan diri

Rakam video Siti Nurhaliza keluarkan duit dari ATM, wanita ini dikecam netizen

5 perkara yang harus pupus dalam telefon pintar anda pada tahun ini

CATEGORIES