Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

Ini sebab kenapa perlu basuh dulu buah kurma sebelum makan..

Sudah sedia maklum, buah kurma memiliki banyak khasiatnya tersendiri yang menjadi makanan Sunnah buat umat Islam. Malah, kita sudah terbiasa terus masukkan buah kurma ke dalam mulut tanpa membasuhnya.

Namun, menurut Puan Niena Samsir seeloknya, dicuci dahulu buah kurma ekoran khuatir akan kebersihan kurma selepas diambil daripada ladang. Tambahnya lagi, pembekal buah kurma turut cadangkan kepada beliau untuk dibasuh terlebih dulu.

Tapi kenapa ya kena cuci dulu? Kalau nak tahu, mari baca penjelasan lanjut daripada beliau di bawah ini.

277517981 10158686395731527 4822337624489673388 n 1536x1536 1

Perlu ke basuh kurma sebelum makan?

Ok, ni ummi nak tunjuk kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?

Kalau beli, takda kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)

Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.

Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada ummi, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.

So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma. Lepas ni, jangan ambil mudah tau.

CARA BERSIHKAN KURMA

20190106ini yang terjadi pada tubuh anda jika makan 3 buah kurma setiap hari

Cara nak bersihkan kurma.

1. Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit.

2. Lepastu bilas dengan air bersih.

3. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.

Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan. Simpan dalam peti sejuk, Inshaa Allah tahan lama.

Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.

Saranan beliau ini hanyalah sebagai langkah berhati-hati buat kita untuk memastikan kebersihan makanan yang dimasuk ke dalam badan kita terjamin. Tiada paksaan untuk mengikutinya. Mana yang baik boleh jadikan panduan, tidak salah dan tidak kurang pun pada kita sebagai pengguna.

Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber

Baca Lagi:

Kereta peronda MPV iring MB Johor terbalik kemalangan

5 dosa anak kepada ibu yang dianggap perkara biasa tanpa disedari

Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

CATEGORIES