Ebit Lew hadiahkan motor setelah tular sebuah keluarga terpaksa tidur di tepi jalan beralaskan kotak

Ebit Lew hadiahkan motor setelah tular sebuah keluarga terpaksa tidur di tepi jalan beralaskan kotak

Ebit Lew hadiahkan motor setelah tular sebuah keluarga terpkasa tidur di tepi jalan beralaskan kotak.

Penceramah bebas, Ebit Lew hari ini telah menyantuni sebuah keluarga di Larkin, Johor bagi menghulurkan beberapa bentuk bantuan keperluan buat mereka sekeluarga.

Ebit Lew menerusi satu hantarannya di Facebook, berkongsi cerita tentang keluarga tersebut yang tular di laman TikTok sebelum ini apabila sebuah video memaparkan keadaan daif mereka yang terpaks tidur di tepi jalan dengan beralaskan kotak.

Ebit Lew hadiahkan motor setelah tular sebuah keluarga terpaksa tidur di tepi jalan beralaskan kotak

“Sedih pula 4 Ramadan ini bila tengok dekat TikTok pasangan suami isteri dan anak kecil tidur di tepi jalan beralaskan kotak.

“Kasihannya rasa. Berminggu-minggu ujian hidup mereka dengan kerja tak menentu,” katanya.

Tambah Ebit Lew, dia dan pasukan menghadiahkan keluarga tersebut sebuah motosikal serta membantu membayarkan sewa bulanan rumah flat yang didiami mereka.

Sebagai usaha tambahan, Ebit Lew telah mendapatkan sebuah kios burger dibawah perniagaan Syukor Burger bagi membolehkan si suami berniaga di Taman Wawasan Larkin sebagai sumber pendapatan.

“Pagi tadi dari Kuala Lumpur terus ke Larkin, Johor dan sampai tadi adik berdua ni menangis.

“Ujian berat dalam hidup. Syukur pada Allah dan doakan perniagaan mereka dan anak mereka yang akan mula bersekolah berumur tujuh tahun,” luahnya.

Terdahulu, Ebit Lew telah menghadiahkan kereta buat dua buah keluarga apabila kisah mereka juga menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib mereka sekeluarga.

Baca lagi: 

Pernah viral dahulu mas kahwin selipar jepun, kini pasangan ini sudah bercerai kerana curang

Ini jumlah minima income setiap individu yang wajib bayar cukai, jangan sampai LHDN datang ketuk pintu rumah!

Akak jaga ibu saudara OKU terima hadiah Perodua Bezza dari Ebit Lew

CATEGORIES