Chong Wei ucap selamat berpuasa, sempat kongsi kisah lucu lepas beli kurma

Chong Wei ucap selamat berpuasa, sempat kongsi kisah lucu lepas beli kurma

Chong Wei ucap selamat berpuasa, sempat kongsi kisah lucu lepas beli kurma.

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyeru mereka yang bukan Muslim di negara ini untuk memberikan penghormatan kepada rakan-rakan umat Islam sepanjang bulan suci Ramadan.

Malah bekas pemain nombor satu dunia itu turut berpesan kepada anak lelakinya, Kingston agar bertolak-ansur dengan rakan-rakan berbangsa Melayu terutamanya ketika sesi rehat di sekolah.

51648949482 ChongWei

Jendela Ramadan

“Bulan Ramadan menjelang, Chong Wei sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

“Semoga bulan Ramadan yang suci ini memberi rezeki dan kekuatan baharu kepada semua terutama ketika negara beransur ke fasa endemik. Marhaban Ya Ramadan, selamat menjalani ibadah puasa,” katanya melalui muat naik di media sosial, pada Ahad.

Chong Wei turut berkongsikan kisah lucu yang terjadi semalam selepas beliau dan isterinya membeli kurma kepada rakan-rakan Muslimnya untuk santapan berbuka puasa.

“Kurma itu di dalam kotak dan saya letakkan di atas meja. Semasa saya sedang membaca berita di telefon sambil minum teh, tiba-tiba Kingston muncul dan bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris.

Kingston: Papa , can I have a date?

Chong Wei: “Tersembur teh aku. You are too young to have a date!! Anyway pretty or not first?

Kingston: Erm, skin a bit crumbled.

Me: Alamak old lady ka?

Kingston: What old lady, I mean the date in the box.

“Baru lepas itu saya tahu saya dah dimalukan apabila baca kotak kurma itu tertulis “Medjoul Dates”.

Selamat berpuasa!!! kata Chong Wei.

Baca Lagi:

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

[VIDEO] Lelaki nyaris ditarik ikan gergasi ke dalam sungai ketika memancing

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

CATEGORIES