Gempar!! Mukhriz dedah Muhyiddin jumpa Tun M ajak bergabung

Gempar!! Mukhriz dedah Muhyiddin jumpa Tun M ajak bergabung

Gempar!! Mukhriz dedah Muhyiddin jumpa Tun M ajak bergabung.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan, Pengerusi parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad didatangi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membentuk kerjasama baharu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mukhriz berkata, pertemuan itu berlangsung kira-kira dua minggu lalu, setelah Bersatu tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini Pejuang belum memberikan kata putus mengenai tawaran penggabungan itu.

Gempar!! Mukhriz dedah Muhyiddin jumpa Tun M ajak bergabung

“Mungkin saya boleh katakan, buat masa ini kita kurang bersetuju dengan apa yang dicadangkan untuk bergabung dengan kerajaan memerintah.

“Ketika ini memang banyak perjumpaan di sebalik tabir berlaku dengan semua pihak bukan hanya dalam kalangan pembangkang malah pemimpin kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perjumpaan dengan Pejuang Terengganu di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, Pejuang terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti lain termasuk Bersatu dan Pas dalam PRU-15 jika kalangan mereka ikhlas dan bersih.

Namun, bekas Perdana Menteri itu menafikan Pejuang, Bersatu, Gerakan dan Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menubuhkan Gerakan Pejuang Nasional (GPN).

Sementara itu, Mukhriz menyifatkan hubungan antara Muhyiddin dan Mahathir masih lagi dingin di sebalik tawaran bekerjasama yang dicadangkan Bersatu.

“Luka kami belum pulih, dok (masih) berdarah lagi.

“Tetapi kami faham demi negara dan rakyat, tiada benda yang kami tidak sanggup buat kalau niatnya betul,” katanya.

Baca lagi:  Kes dadah : Selebriti sensasi mengaku bersalah bawa dadah didenda RM4,000

Wanita ini terkejut bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini jiran sebelah buat selama 5 tahun

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

CATEGORIES