Justin Bieber umum tarikh ‘Konsert’  di KL, harga tiket cecah ribuan ringgit

Justin Bieber umum tarikh ‘Konsert’ di KL, harga tiket cecah ribuan ringgit

Justin Bieber umum tarikh ‘Konsert’ di KL, harga tiket cecah ribuan ringgit.

Bintang pop, Justin Bieber mengumumkan dua tarikh konsert di Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Justice World Tour yang akan diadakan di 20 negara tahun ini.

Lapor Channel News Asia, Bieber turut menyenaraikan konsert di Kuala Lumpur (KL), 22 Oktober dan Jakarta, 3 November depan.

Penyanyi kelahiran Kanada itu kemudian akan membuat persembahan di Jepun seperti di Nagoya (9 November), Osaka (12 November) dan Tokyo (16 November).

Justin Bieber umum tarikh 'Konsert' di KL, harga tiket cecah ribuan ringgit

Menurut kenyataan akhbar oleh syarikat promosi konsert AEG dan PR Worldwide, lebih banyak butiran mengenai tarikh konsert penyanyi itu di Asia akan diumumkan kelak.

Konsert di KL akan diadakan di Stadium Negara Bukit Jalil, sementara konsert di Jakarta pula di Stadion Madya Gelora Bung Karno.

Tiket bagi konsert di KL akan mula dijual pada pukul 11.00 pagi, 31 Mac depan di www.golive-asia.com dengan harga antara RM288 hingga RM1,088.

“Kami sudah bekerja keras untuk menghasilkan persembahan terbaik yang pernah dilakukan, dan tidak sabar untuk berkongsikan bersama peminat dari seluruh dunia. Jumpa anda tidak lama lagi,” kata Bieber dalam kenyataan.

Selain negara-negara Asia, konsert jelajah Justice World Tour yang merangkumi lebih 100 hari sepanjang 2022 hingga 2023, turut diadakan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Britain, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Asia Barat.

Kali terakhir Bieber melakukan jelajah dunia adalah pada 2016 dan 2017 bagi albumnya bertajuk Purpose.

Baca lagi: 

Juruterbang China Eastern Airlines mungkin pengsan sebelum sedar semula namun sudah terlambat – Pakar Penerbangan

55 nama Sekolah paling pelik dalam Malaysia

Bentong Kali – Penjenayah paling digeruni tahun 90-an, hati kering dan tak takut mati!

CATEGORIES