Seluas manapun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini…

Seluas manapun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini…

Seluas manapun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini…

Seorang lelaki Vietnam cuba mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India, perjalanan sejauh kira-kira 2,000 kilometer, untuk bertemu isterinya yang tidak ditemuinya sejak dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Lelaki berusia 37 tahun dari bandar Ho Chi Minh, Vietnam itu berada di laut selama 18 hari.

Pada Rabu, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Ketiga Tentera Laut Diraja Thai dan pegawai Taman Negara Kepulauan Similan menyelamatkan lelaki itu, kira-kira 80 kilometer dari pantai selepas dimaklumkan oleh nelayan tempatan.

 Seluas manapun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini...

Dalam satu kenyataan, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Tiga Tentera Laut Diraja Thai berkata lelaki itu merancang untuk mendayung dari Phuket ke India, menyeberangi Laut Andaman dan melalui Teluk Bengal menaiki bot getah sepanjang 2.5 meter untuk bertemu isterinya.

Media tempatan melaporkan bahawa perjalanan itu akan mengambil masa sekitar 625 hari untuk sampai ke pantai India.

Menurut kenyataan itu, pegawai menemui sedozen pek mi segera, satu tangki air dan bagasi di atas bot itu.

Pasukan penyelamat membawanya ke Taman Negara Kepulauan Similan untuk tindakan lanjut.

Pada 2 Mac, lelaki itu mengambil penerbangan dari Saigon ke Bangkok dan cuba mendapatkan penerbangan ke Mumbai, lokasi isterinya tinggal.

Bagaimanapun, rancangannya tidak menjadi kerana dimaklumkan dia memerlukan visa.

Kemudian, dia memutuskan untuk mendayung dari Phuket ke India. Lelaki itu menaiki bas ke pulau peranginan itu dan membeli bot getah di situ.
Dia bertolak pada 5 Mac.

Dalam halaman Facebook, Pegawai Pemerintah Kawasan Tentera Laut Tiga Tentera Laut Diraja Thai menyiarkan foto lelaki itu dengan kapsyen “seluas manapun lautan, tidak dapat menghalang cinta sejati lelaki ini”.

Baca lagi: 

Keluarga pelajar tahfiz mati dibunuh 8 tahun lalu mahukan pembelaan bukan pampasan

Sehidup semati! “Sempat ajar isteri mengucap” selang sejam setengah suami pula pergi selamanya..

Kecoh!! Gara-gara tangan tersangkut ‘handbrake’ wanita panggil abang bomba

 

CATEGORIES