Kecoh!! Gara-gara tangan tersangkut ‘handbrake’ wanita panggil abang bomba

Kecoh!! Gara-gara tangan tersangkut ‘handbrake’ wanita panggil abang bomba

Kecoh!! Gara-gara tangan tersangkut ‘handbrake’ wanita panggil abang bomba

Setiap invidivu pasti memiliki pengalaman hidup yang tidak dapat dilupakan mahupun kenangan manis, pahit atau lucu.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial dayahlawa memaparkan sekumpulan bomba membantu mengeluarkan tangan seorang wanita dipercayai tersangkut di celah lubang ‘handbrake’ (brek tangan).

Kecoh!! Gara-gara tangan tersangkut 'handbrake' wanita panggil abang bomba

Difahamkan, kejadian tersebut berpunca apabila wanita berkenaan ingin mengambil kad bank miliknya yang terjatuh di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, akibat tidak dapat mengeluarkan tangannya, dia terus membuat panggilan kecemasan untuk mendapatkan pertolongan.

“Saya parkir kereta tepi jalan nak keluarkan kad bank lepas itu terjatuh celah lubang bawah brek tangan.

“Pengalaman pertama dan agak memalukan tetapi nak buat macam mana. Terima kasih abang bomba,” katanya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai turut berkongsi kisah mereka mengalami situasi sama serta menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman yang lucu.

IMG 20220323 201429

IMG 20220323 201444

“Saya pun pernah tersangkut di situ, dah la masa tu tengah merajuk dengan lelaki. Hujung-hujung panggil dia tolong juga,” kata yaumibakebak.

“Apa yang saya rasa, awak comel sebab buat panggilan kecemasan. Kalau sis, entahlah,” ujar Hazrt.

“Allah, maaf akan tergelak. Saya pun hampir tersepit macam tu tetapi nasib baik baik tangan kecil boleh keluar,” komen Eila.

@dayahlawa Adoiii malu ooii🤣🤣🤣😜#fypシ #sekalisekalafyp ♬ suara asli – metzbellamy

Baca Lagi:

55 nama Sekolah paling pelik dalam Malaysia

Pesta naik harga menjelang Ramadhan, orang ramai harus bersedia…

Bentong Kali – Penjenayah paling digeruni tahun 90-an, hati kering dan tak takut mati!

CATEGORIES