Ibubapa kecewa dakwa buku Sains Tahun 6 serabut, padat…

Ibubapa kecewa dakwa buku Sains Tahun 6 serabut, padat…

Ibubapa kecewa dakwa buku Sains Tahun 6 serabut, padat…

Sesi persekolahan yang bermula hari ini dikejutkan dengan keluhan ibu bapa apabila segelintir mereka mendakwa buku teks bagi mata pelajaran Sains Tahun 6 disifatkan sebagai terlalu serabut dan padat untuk murid pada usia itu.

Menerusi perkongsian Dr. Othman Talib di laman Facebook miliknya, isi kandungan buku teks itu dilihat sebagai padat dan sesak sekali gus berupaya menyukarkan pelajar untuk mendalami ilmu berkenaan.

“Baru pagi tadi ada masa nak jenguk buku teks Tahun 6 yang orang rumah beli beberapa minggu lepas, panas juga hati bila nampak kotak-kotak diletakkan gambar pensil yang aku sudah komen dulu.

“Sesak dan padat juga ialah ciri utama buku teks sekolah dan paling serius dalam buku teks Sains. Murid pun tidak tahu apa yang penting dan sebaliknya kerana semuanya cuba dimasukkan,” katanya.

Jelasnya, murid-murid juga mungkin berdepan situasi trauma apabila membuka buku teks Sains dan Matematik.

“Fakta yang mudah dalam Sains ditulis dengan panjang lebar berserta dialog dan lukisan kartun yang melemaskan.

“Dialog tersebut sepatutnya berlaku secara intensif dan autentik antara guru dan murid semasa sesi pembelajaran atau ekplorasi dan bukannya ditulis berjela-jela dalam buku teks,” ujarnya.

Ibubapa kecewa dakwa buku Sains Tahun 6 serabut, padat...

Susulan itu, Dr. Othman turut memohon penjelasan daripada pihak terlibat kenapa keadaan tersebut terjadi dan adakah ia akan terus berulang pada masa depan.

“Bagaimana sesaknya buku ini, mungkin begitulah sesaknya minda mereka yang meluluskan buku berkenaan,” katanya.

Sementara itu, orang ramai turut memberi reaksi sama dengan menyifatkan kandungan buku teks untuk beberapa mata pelajaran lain berdepan situasi sama.

“Bukan buku teks Sains sahaja, mata pelajaran lain turut sama, Tahun 2 punya buku teks Matematik juga memeningkan,” luah Alin.

“Buku teks Bahasa Inggeris juga sama, agak sukar untuk anak-anak,” kata Man Manja.

Baca Lagi:

Marah dengan pegawai bank selepas ditegur langgar SOP, jutawan keluarkan semua duit simpanannya

Tular satu video harga makanan kedai ‘Cekik Darah’ nasi putih dan ayam goreng RM19

Ini antara punca kenapa dilarang buka kipas waktu pasang aircond

CATEGORIES