Gempar !!! Van jenazah hilang

Gempar !!! Van jenazah hilang

Gempar !!! Van jenazah hilang.

Van jenazah dari tempat letak kenderaan masjid di Beseri, di sini semalam sebelum ditemui berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (ICQs) Padang Besar.

Sumber polis berkata, van jenazah berkenaan ditemui ditinggalkan di tempat letak kenderaan di kompleks ICQs berkenaan lewat malam semalam.

“Kejadian dipercayai sekitar 10 pagi apabila seorang pembantu masjid al-Ghafor, Padang Lati, Beseri, Padang Besar ternampak van jenazah masjid tempatnya bertugas berada di atas jalan raya di Simpang Alor Tampang, Beseri.

“Menyangkakan terdapat kes kematian yang berlaku di kariah itu sehingga memerlukan khidmat van jenazah berkenaan, mangsa tidak mengesyaki apa-apa yang berlaku.

“Malah, pembantu masjid itu berpendapat berkemungkinan pemandunya sudah mendapat kebenaran daripada pihak masjid kerana van jenazah itu lazimnya ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci serta kunci van itu juga sentiasa ditinggalkan di dalam van,” katanya.

1647756744993785 0 e1647787350375

Katanya, pada 12.45 tengah hari pembantu masjid datang ke masjid untuk solat Zohor.

“Di saat itu, dia mendapati van jenazah berkenaan masih tiada di parkir masjid.

“Perkembangan itu menyebabkan dia berhubung dengan kakitangan masjid itu untuk bertanyakan perihal keberadaan van berkenaan.

“Namun, dia terkejut apabila kakitangan masjid memaklumkan kepadanya bahawa pihaknya tidak mengetahui individu yang membawa keluar van jenazah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, pembantu masjid bersama orang kampung keluar mencari van berkebaan di sekitar kawasan Beseri.

“Namun van jenazah itu gagal ditemui dan disyaki sudah dicuri oleh orang yang tidak dikenali.

“Satu laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Beseri pada 5.25 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Saifudin Aslin Abbas ketika dihubungi memaklumkan bahawa van jenazah berkenaan sudah pun ditemui ditinggalkan di parkir Kompleks ICQs Padang Besar oleh pasukan polis peronda yang melakukan rondaan di kawasan itu.

“Kita sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup masjid itu untuk mengetahui suspek yang melarikan van berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya.

Baca Lagi:

Suhu bumi dijangka meningkat dan akan alami peristiwa “Tanpa Bayang” seluruh negara

Seramai 197 remaja ditahan kes rogol, sumbang mahram, dadah di Kelantan

Tular aksi ‘Bomoh’ lakukan ritual hentikan hujan di perlumbaan MotoGP

CATEGORIES