Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia. Logo merupakan salah satu elemen terpenting bagi syarikat atau produk terutamanya dari segi pemasaran. Jika hasilnya bagus, ia akan ‘lekat’ di kepala pengguna sehinggakan hanya dengan logo tanpa apa-apa perkataan sekalipun, mengingatkan pengguna pada makna tertentu seperti kemewahan, kualiti atau nostalgia. Contohnya Nokia, Apple, Starbucks dan Nike.

Logo atau maskot Android sebenarnya tidak mempunyai sebarang nama rasmi tetapi ia juga dirujuk sebagai Andy (Android diasaskan oleh beberapa orang termasuk Andy Rubin) dan kemudiannya dipanggil Bugdroid.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Tetapi, tahukah anda ia sebenarnya tidak bertujuan untuk menjadi logo rasmi? Bugdroid awalnya dicipta untuk dipertontonkan pada komuniti pembangun sahaja namun tidak semena-mena menjadi tular selepas itu.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Namun, sebelum terciptanya Bugdroid, ketua kumpulan pembangun iaitu Dan Morills menggunakan maskot ciptaannya yang dinamakan Dandroids. Ia ditayangkan kepada pembangun lain sewaktu sesi pembentangan. Melihat kepada reka bentuknya, kita bertuah kerana ia tidak digunakan sebagai maskot Android rasmi.

Logo dan maskot Android sejak awal lagi bertujuan untuk melambangkan kesederhanaan dan kebolehcapaian di mana Android ialah sebuah sistem operasi terbuka yang sesiapa sahaja boleh terlibat sama.

p1dvv6fbr71bli44gur91ib018gb3

Pencipta logo dan maskot Android ialah seorang wanita yang dilahirkan di Rusia iaitu Irina Blok. Dua orang pereka dipilih untuk mencipta logo Android namun lakarannya yang begitu ringkas terpilih. Beliau hanya mengambil masa sekitar 5 minit untuk melakar Bugdroid dan akhirnya usaha sesingkat itu dipilih menjadi ‘wakil’ Android.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Dengan arahan semudah “Perlu ada robot dalamnya”, beliau menonton dan mencari idea daripada pelbagai filem dan bahan berkaitan sains fiksyen dan angkasa serta menerokai tentang tema robot dan android. Siapa sangka, akhirnya ilham itu datang daripada tempat yang kita sering gunakan tetapi penuh privasi dan rahsia peribadi.

Ada dua pereka yang mengusahakannya namun lakaran saya terpilih akhirnya. Ia memang ironik kerana logo yang paling asas dipilih. Sebenarnya, itu ialah lakaran pertama saya yang dihasilkan dalam 5 minit dan selepas itu kami meluangkan berminggu-minggu menambah baiknya. Saya fikir kesederhanaan dalamnya benar-benar menjadi sebuah pernyataan, ia menjadi sebuah simbol android antarabangsa (seperti papan tanda: lelaki, wanita, android)

Irina mengakui beliau mendapat ilham daripada simbol jantina yang digunakan pada tandas – lelaki dan wanita. Tidak hairanlah Bugdroid mempunyai kaki dan tangan yang serupa.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Disebabkan Google tidak menuntut hak pemilikan atas Bugdroid, maka logo dan imej Bugdroid kemudian semakin tular seluruh dunia. Ia dicetak pada baju, dibuat meme, penghias latar dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ia turut diubah menjadi pelbagai watak lain lagi seperti Spongebob, Batman dan banyak lagi sehingga ia dikongsi sendiri oleh Irina di laman webnya.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Google membeli Android pada tahun 2005 dengan harga $50 juta dan pasukan Irina diminta mencipta logo untuk platform itu pada 2007. Tahun berikutnya, T-Mobile G1 atau lebih dikenali sebagai HTC Dream, sebuah telefon Android pertama yang dilancarkan secara komersial diperkenalkan pada dunia. Selebihnya? Sejarah.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Sejak itu, logo ini mengalami pelbagai perubahan sesuai dengan peredaran masa. Dari segi warna, font dan reka bentuk Bugdroid sendiri, identiti Android dengan warna hijau masih tersemat kuat dalam ingatan pengguna. Awalnya, ia menggunakan warna lime green #A4C639, namun kini menggunakan UFO green #3DDC84.

Logo rasmi Android terkini hanya menampilkan kepala Bugdroid bersama tulisan “Android” yang di bawahnya yang tampak lebih sesuai dengan waktu sekarang.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Irina beberapa tahun kemudian meninggalkan Google dan kini mempunyai syarikatnya sendiri, Creative Blok. Kalau dilihat pada resumenya, pasti anda akan kagum dan pelik mengapa namanya tidak dijulang tinggi seperti tokoh lain. Irina pernah bekerja dengan Apple, Yahoo!, Adobe, Facebook, Edmodo dan terlibat dalam penciptaan dan perkembangan jenama HP, Visa, H&R Block dan FedEx.

Berdasarkan laman LinkedIn beliau, beliau telah kembali ke pangkuan Google sebagai Ketua Reka Bentuk Produk dalam Pasukan AI/Penyelidikan sejak 2019 lalu.

Akhirnya terdedah wajah sebenar pencipta logo Android, wanita berasal dari Rusia

Pada 2009, Irina dalam rancangan Shark Tank pernah membentangkan rekaan pelitup mukanya namun ditolak oleh kesemua juri dengan pelbagai alasan termasuk berasakan bahawa pelitup muka tidak akan menjadi sebuah fesyen yang signifikan.

Beliau mempunyai laman sesawang yang berkongsi hasil kerjanya iaitu irinablok.com.

Baca Lagi:

Jangan panik! hanya tekan ‘panic button’, polis sampai kurang 7 minit

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, tarikh permohonan & bayaran

Nak jadi salah seorang pemilik Family Mart di Malaysia? Mudah je..

CATEGORIES