‘Suami pergi cari syurga tapi isteri dinerakakan’.. Isteri makan hati suami ikut tabligh tapi nafkah tak tinggal

‘Suami pergi cari syurga tapi isteri dinerakakan’.. Isteri makan hati suami ikut tabligh tapi nafkah tak tinggal

‘Suami pergi cari syurga tapi isteri dinerakakan’.. Isteri makan hati suami ikut tabligh tapi nafkah tak tinggal..

Tidak dinafikan para isteri akan berusaha menjaga keharmonian rumah tangganya bersama suami walaupun mempunyai masalah dari segi tanggungjawab dan pemberian nafkah.

Lebih-lebih lagi apabila si suami menjadikan agama sebagai alasan untuk mendiamkan isteri setiap kali isu tanggungjawab dipersoalkan.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan isi hatinya selepas suami yang merupakan pengikut tabligh ingin keluar berdakwah selama empat bulan dengan menggunakan wang hasil titik peluh isteri.

“Aku isteri, ada anak kecil. Suami tabligh nak keluar selama empat bulan… berat hati nak lepaskan sebab anak masih kecil, kerja tak stabil dan aku hanya berniaga.

“Hasil duit berniaga la aku hidup besarkan anak dan sara keluarga. Suami aku keluar empat bulan guna hasil niaga tu.

“Banyak kali aku gaduh pasal tak izinkan dia keluar, tapi dia tetap lawan, kemudian salahkan aku dan cakap aku melawan dia serta tak tahu agama,” luahnya.

'Suami pergi cari syurga tapi isteri dinerakakan'.. Isteri makan hati suami ikut tabligh tapi nafkah tak tinggal

Disebabkan menyentuh soal agama, si isteri terpaksa berdiam diri demi mengelakkan pergaduhan lebih panjang.

Namun setiap yang berlaku itu membuatkannya hidup dalam kedukaan kerana terlalu banyak makan hati.

Tambahnya lagi, suami tersebut juga tidak mempunyai sumber kewangan untuk keluar mengikut jemaah tabligh sehingga sanggup memintanya menggadaikan barang kemas yang ada.

“Dia nak keluar tapi duit tak ada. Sampai tahap suruh aku gadaikan barang kemas supaya dia ada duit belanja ke sana,” katanya.

Mengakui sedih dengan sikap suami, dia bagaimanapun terpaksa menuruti kehendak tersebut selepas dimarahi.

Malah turut dilabel sebagai kedekut dan tidak sanggup berkorban di jalan Allah.

'Suami pergi cari syurga tapi isteri dinerakakan'.. Isteri makan hati suami ikut tabligh tapi nafkah tak tinggal

Gambar hiasan

“Dia cakap aku kedekut sebab tak nak tolong dia. Pada masa sama dia cakap, jangan risau pasal duit kerana sepanjang keluar jalan Allah… rezeki akan murah dan Allah permudahkan urusan.

“Tapi yang tanggung beban tu nanti adalah aku. Dia tiada! Akulah yang kena beli barang kedai, nak masak dan jaga anak lagi… macam tiada suami.

“Dia nak aku tolong dia, tapi dia tak tolong aku. Dah la pergi sana empat bulan tak tinggalkan duit nafkah untuk aku dan anak, dia boleh cakap itulah pengorbanan isteri-isteri nabi dahulu,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, ujarnya, sepanjang tempoh tersebut dia bukan sahaja perlu kumpul duit untuk bayar pinjaman kereta tetapi perlu menanggung beberapa kos perbelanjaan lain termasuk sewa kedai.

“Aku la kena kumpul duit nak bayar kereta, servis kereta, tukar tayar, bayar sewa kedai, ambil barang gadai, beli susu dan pampers anak.

“Stres kadang-kadang, hari-hari aku menangis,” luahnya sambil meminta semangat kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada masa ini.

Tak bagi nafkah, keluar pula tu lebih tiga bulan… Dah boleh pergi mahkamah minta cerai tu. Ni laki tak guna namanya. Kau nak ke jalan Allah pun kena ikut hukum hakam.

Kisah rumah tangganya itu dikongsikan pemilik akaun Twitter @pedoqpop.

Ciapan itu kemudian tular dan diulang kicau lebih daripada 2,100 pelayar Twitter.

Kebanyakan netizen menasihatkan wanita terbabit supaya membuat permohonan fasakh untuk penceraian kerana telah diabaikan oleh suami.

“Discuss dengan famili dan mentua. Biar mereka yang nasihat. Kalau tak jumpa solution juga, tuntut fasakh atas alasan tak memenuhi nafkah isteri melebihi tiga bulan.

“Tak bagi nafkah, keluar pula tu lebih tiga bulan… Dah boleh pergi mahkamah minta cerai tu. Ni laki tak guna namanya. Kau nak ke jalan Allah pun kena ikut hukum hakam.

“Keluar empat bulan, tiga bulan tanpa nafkah dah boleh minta fasakh. Memang susah minta cerai tapi kena mula… kumpul bukti. Sampai bila nak tanggung biawak hidup.

“Kalau mental tak kuat memang makan hati, tertib tu tak betul. Suami kena usaha cukupkan perbelanjaan sebelum nak keluar tinggalkan anak bini. Memang rezeki Allah bagi tapi tak rasa anaiya anak bini ke pakai duit meniaga isteri.

'Suami pergi cari syurga tapi isteri dinerakakan'.. Isteri makan hati suami ikut tabligh tapi nafkah tak tinggal

Netizen menasihati wanita supaya membuat permohonan cerai.

“Pelik juga ramai yang tak faham konsep tabligh tapi mencari neraka sendiri, dulu aku pernah keluar juga dengan jemaah (pangkat) datuk lagi… apa yang mereka buat tinggal hal dunia untuk akhirat maksudnya kau yang kena settle sendiri hal dunia termasuk isi rumah kemudian baru pergi,” ujar beberapa netizen di ruangan komentar.

Dalam pada itu, ada juga yang menyifatkan suami tersebut sebagai penunggang agama kerana memperkudakan isteri demi kepentingan diri sendiri.

“Nabi SAW tak pernah ajar umat Baginda untuk keluar berdakwah sampai abaikan tanggungjawab rumah tangga, Nabi SAW juga berdakwah dan juga berniaga mencari rezeki untuk keluarga, itulah tabligh kadang-kadang aku tak faham jenis yang hardcore tunggang agama.

“Dah tak bagi nafkah, keluar pula lebih tiga bulan. Dah boleh pergi mahkamah minta cerai tu. Inilah laki kalau tunggang agama.

“Kalau dah anak bini dibiarkan, tak bagi nafkah, tak jalankan tanggungjawab seorang suami dan ayah seeloknya minta cerai dan tuntut fasakh. Belajar agama tinggi-tinggi tapi pilih jadi penunggang untuk kepentingan diri sendiri,” ujar beberapa netizen lagi.

Terdahulu laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan ada menjelaskan hukum berkenaan keluar berdakwah bersama jemaah tabligh mahupun tanggungjawab kepada keluarga secara terperinci.

Kesimpulan daripada penerangan itu menyatakan ‘seseorang yang ingin keluar berdakwah dalam tempoh yang lama hendaklah memastikan bahawa dia memenuhi syarat yang ditetapkan. Selain itu, ahli keluarga juga hendaklah bersikap tolak-ansur dan faham atas kepentingan berdakwah dan kemuliaannya’.

Baca Lagi:

Dah macam ‘Pak Maon’ lagaknya, isteri pulas telinga suami leka menari dangdut

Tular video lelaki penggal kepala isteri heret tengah jalan

Lelaki tumbuk suami sepupu, bengang dituduh goda isteri

 

CATEGORIES