Suami curang, isteri berani terjah rumah skandal suami

Suami curang, isteri berani terjah rumah skandal suami

Suami curang, isteri berani terjah rumah skandal suami.

Kian menjadi-jadi isu suami curang yang didedahkan di media sosial. Ada yang beranggapan bahawa perkara tersebut membuka aib, namun ada juga yang bersetuju bahawa ianya mampu memberi pengajaran kepada sesetengah pihak.

Terkini, tular satu video seorang wanita menerjah masuk ke ‘sarang’ tempat suami dan perempuan simpanan sering berdua-duaan.

Diarah tunjuk perut

Suami curang, isteri berani terjah rumah skandal suami

Menerusi satu video yang dimuat naik pengguna @jurnalisjunior di laman Instagram, seorang isteri bertindak berani menerjah masuk ke dalam sebuah rumah yang dikatakan menjadi lokasi suaminya dan seorang perempuan simpanan tinggal bersama.

Dapat dilihat dalam video tersebut, seorang wanita sedang memegang kain yang membaluti badan dengan wajah yang pucat akibat diterjah, namun kelibat si suami pula tidak kelihatan.

Selain itu, wanita yang menerjah itu juga turut mengarahkan perempuan simpanan itu untuk menyelak baju dan menunjukkan perutnya kerana mendakwa wanita itu sedang hamil anak luar nikah. Walau bagaimanapun, arahan tersebut tidak dituruti.

Menjengah ke ruangan, rata-rata netizen kurang berpuas hati kerana wajah wanita tersebut yang disebarkan, dan mempersoalkan mengapa bukan si suami yang didedahkan identitinya.

Suami curang, isteri berani terjah rumah skandal suami

Baca Lagi:

Isteri meraung mohon ampun setelah ditangkap curang ketika suami solat terawih

[VIDEO] Suami kantoi curang, isteri ‘Gegar’ bilik dengan lesung batu sampai tercabut tombol pintu

Pernah viral dahulu mas kahwin selipar jepun, kini pasangan ini sudah bercerai kerana curang

CATEGORIES