Kanak-kanak perempuan nyaris diculik lelaki berjubah putih semasa pulang mengaji

Kanak-kanak perempuan nyaris diculik lelaki berjubah putih semasa pulang mengaji

Kanak-kanak perempuan nyaris diculik lelaki berjubah putih semasa pulang mengaji.

Polis Melaka Tengah sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Krubong, sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ia selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 45 tahun yang memaklumkan anak perempuannya hampir menjadi mangsa culik ketika pulang dari mengaji.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dua anak perempuan serta seorang anak saudaranya sedang berjalan kaki pulang ke rumah sebelum secara tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki yang memakai jubah putih dan berkopiah.

Kanak-kanak perempuan nyaris diculik lelaki berjubah putih semasa pulang mengaji

Gambar hiasan

“Dalam perjalanan tiga kanak-kanak ini balik mengaji, mereka telah ditegur oleh satu lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna perak.

“Lelaki tersebut dikatakan menarik tangan anak kedua pengadu yang berusia enam tahun masuk ke dalam kereta sebelum kakak mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak merentap bajunya dan menyebabkan suspek terus beredar,”k atanya ketika dihubungi di sini.

Mengulas lanjut katanya, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga kanak-kanak itu pergi ke rumah ibu saudara mereka yang berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Katanya, bapa mangsa turut memaklumkan terdapat orang awam yang sempat mengecam nombor pendaftaran kenderaan suspek, bagaimanapun hasil semakan dua jenis nombor yang berkemungkinan dilihat saksi mendapati, ia adalah palsu dan tidak sama dengan jenis kenderaan digunakan suspek.

“Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati, dua jenis nombor pendaftaran kenderaan yang dicam saksi mendapati ia berdaftar atas kenderaan jenis Nissan Cefiro berwarna biru dan motosikal jenis Honda.

“Saksi juga mengesahkan Proton Persona berwarna silver yang dinaiki suspek bercat hitam di bahagian pintu pemandu,” katanya.

Justeru katanya, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama.

Baca Lagi:

Sayu! Mayat dua pelajar lemas ditemui dalam keadaan berpelukan

Isu kesesakan jalanraya, pakar cadangkan lupuskan kenderaan yang berusia 10 tahun dan ke atas

MyDebit Cash Out kenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

CATEGORIES