Malang tidak berbau, dua rakan sedang berborak di tepi jalan maut dirempuh kereta

Malang tidak berbau, dua rakan sedang berborak di tepi jalan maut dirempuh kereta

Malang tidak berbau, dua rakan sedang berborak di tepi jalan maut dirempuh kereta.

Malang tidak berbau, dua rakan yang sedang rancak berbual di tepi jalan maut dirempuh oleh sebuah kereta jenis Proton Saga yang hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 18.5, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah berhampiran Ketengah Jaya di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang itu, Kamariduan Mohamed, 41, yang merupakan peniaga sayur maut di lokasi kejadian manakala rakannya, Mohd. Rosdi Yaakob, 48, pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya di sini.

Malang tidak berbau, dua rakan sedang berborak di tepi jalan maut dirempuh kereta

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Kamariduan dikatakan sedang berbual dengan Mohd. Rosdi yang merupakan pekerja sebuah kedai perkakasan berhampiran.

Beliau berkata, Kamariduan dikatakan turut sedang menunggu hasil pertanian penduduk kampung di lokasi kejadian.

“Sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang kakitangan syarikat perladangan kelapa sawit dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas merempuh sebuah gerai di tepi jalan.

“Kedua-dua mangsa yang berborak di tepi gerai yang tidak beroperasi tersebut turut dirempuh sehingga terseret hampir 20 meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, pemandu kereta Proton Saga berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan.

Baca Lagi:

‘Usain Bolt Malaysia’ cemerlang SPM, dapat 6A

“Tidak molek banduan dijemput ke istana” – Tun M

Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

CATEGORIES