‘Susahnya cari tepung gandum’  Tepung sudah jadi barangan eksklusif di George Town

‘Susahnya cari tepung gandum’ Tepung sudah jadi barangan eksklusif di George Town

‘Susahnya cari tepung gandum’ Tepung sudah jadi barangan eksklusif di George Town.

Bekalan tepung gandum di negeri ini menjadi barangan ‘eksklusif’ dalam kalangan peniaga atau peruncit berikutan kepayahan mereka untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10 kotak dalam sebulan.

Bukan setakat itu, ada dalam kalangan mereka mendakwa terpaksa membeli daripada lebih empat pembekal bagi memenuhi permintaan pelanggan di pasar raya, kedai runcit dan peniaga makanan.

Seorang peruncit di daerah Timur Laut yang mahu dikenali sebagai Eline, 52, berkata, me­reka masih berdepan masalah kekurangan bekalan tepung gandum melibatkan pelbagai jenama yang dikesan berlaku selepas Aidil­fitri lalu.

Dakwanya, masalah tersebut turut berlaku membabitkan jenama tepung gandum bersubsidi yang sebelum ini dijual pada harga RM13.50 sekotak.

‘Susahnya cari tepung gandum' Tepung sudah jadi barangan eksklusif di George Town

“Bekalan tepung memang kurang ketika ini dan pernah berlaku ketiadaan tepung hampir sebulan. Jika ada, pembekal akan menaikkan harga kepada RM10 hingga RM14. Tepung gandum kini sudah jadi seperti barangan eksklusif.

Sementara itu, seorang pe­kerja di sebuah pasar mini di daerah Barat Daya yang mahu dikenali sebagai Halina, 43, pula berkata, bekalan tepung gandum di premisnya sudah tidak dihantar sejak sebulan lalu.

“Perkara ini dikatakan berlaku sejak Hari Raya Aidilfitri lalu ketika berlaku kenaikan harga mendadak. Ketika ini, rak tepung gandum kosong. Yang ada cuma tepung beras, tepung ubi dan pulut,” katanya ringkas.

Tinjauan Kosmo! di Seberang Perai pula mendapati, bekalan tepung gandum dikatakan mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna biarpun berlaku peningkatan harga.

Pemilik kedai runcit yang ingin dikenali sebagai Letchumy, 40-an memberitahu, kesukaran mendapatkan bekalan sejak sebulan lalu menyebabkan pelanggannya se­ring tidak berpuas hati.

Baca Lagi:

Malang tidak berbau, dua rakan sedang berborak di tepi jalan maut dirempuh kereta

Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

“Tidak molek banduan dijemput ke istana” – Tun M

CATEGORIES