“Tidak molek banduan dijemput ke istana” – Tun M

“Tidak molek banduan dijemput ke istana” – Tun M

“Tidak molek banduan dijemput ke istana” – Tun M

TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kehadiran Datuk Seri Najib Razak ke sebuah majlis di istana baru-baru ini, sebagai tindakan yang tidak betul dan tidak molek.

Malah bekas Perdana Menteri itu menegaskan, seseorang banduan tidak sepatutnya dijemput ke istana.

“Pandangan saya, banduan tidak seharusnya dijemput ke istana. Ia tidak betul dan tidak molek.

“Ia seolah-olah menunjukkan ada sokongan tertentu daripada istana,” katanya kepada media di Putrajaya, hari ini.

"Tidak molek banduan dijemput ke istana" - Tun M

Ahli Parlimen Langkawi itu ditanya soalan perihal bekas Perdana Menteri itu hadir ke Istana Negara memenuhi undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Mei lalu.

Kehadiran Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan di Istana Negara telah mengundang pertikaian ramai pihak kerana Najib telah disabitkan bersalah dalam kes SRC International dan dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM120 juta.

Ditanya mengenai dakwaan Najib bahawa beliau sudah tidak relevan lagi dalam arena politik negara, Dr Mahathir hanya menjawab ringkas mengenainya.

“Itu pendapat dia, orang lain mungkin ada idea lain.

“Dia ada hak untuk menganggap semua orang sebagai tidak relevan,” katanya.

Baca Lagi:

Penumpang panik, Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara

Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

[VIDEO] Bapa panik anak hilang dekat pasaraya Mydin

CATEGORIES