Selepas tanya soalan ‘siapa lagi fikir akan mati di usia muda?’ TikTokers ditemui meninggal dunia

Selepas tanya soalan ‘siapa lagi fikir akan mati di usia muda?’ TikTokers ditemui meninggal dunia

Selepas tanya soalan ‘siapa lagi fikir akan mati di usia muda?’ TikTokers ditemui meninggal dunia.

Umum sedia maklum, setiap yang hidup pasti akan pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya, tanpa mengira usia seseorang. Namun, pernah tak di kalangan kita terfikir diri sendiri akan ‘mati’ pada usia muda?

Siapa lagi fikir akan mati pada usia muda?

Dua hari lalu, seorang bintang TikTok terkenal, Cooper Noriega ada memuat naik sebuah video di media sosialnya mengenai soalan kematian pada usia muda kepada pengikutnya.

Mati selepas beberapa jam tanya soalan

Perkongsian pemuda berusia 19 tahun itu seolah-olah dapat merasai dirinya akan pergi buat selama-lamanya apabila dia dikhabarkan meninggal dunia selepas beberapa jam berkongsi hantaran itu.

Menurut laporan Daily Star, Cooper ditemui meninggal dunia di sebuah tempat meletak kereta di Los Angeles, Bandar California, Amerika Syarikat.

Selepas tanya soalan 'siapa lagi fikir akan mati di usia muda?' TikTokers ditemui meninggal dunia

Memetik laporan dari TMZ, seorang orang awam yang kebetulannya melalui kawasan itu menemui Cooper tidak sedarkan diri di tempat letak kereta sebelum menghubungi talian kecemasan pada petang Khamis lalu.

Pun begitu, siasatan awal dari pihak paramedik mendapati bintang itu tidak berada di dalam kenderaannya dan tiada sebarang tanda-tanda yang ditemui untuk dijadikan sebagai bukti.

Buka saluran Discord bantu orang hadapi kesihatan mental

Pada masa yang sama, media luar melaporkan Cooper telah membuka akaun Instagram beberapa hari sebelum kematiannya.

Difahamkan tujuan pemuda itu membuat media sosial berkenaan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa dirinya membuka saluran Discord bagi membantu mereka yang menghadapi masalah mental.

“Saya mahu menggunakan pengaruh yang ada untuk menyebarkan kesedaran dan normalisasi mengenai penyakit mental.

“Ini kerana saya pernah bergelut dengan ‘ketagihan’ sejak berusia 9 tahun lagi,”katanya.

Baca Lagi:

Penarik kereta maut ditetak sekumpulan lelaki guna parang

Hampir 50,000 kontraktor tak baharui lesen kerana bahan binaan naik harga

Senarai gaji artis Malaysia terkenal yang termahal sekali persembahan

CATEGORIES