Bangladesh berazam merobek gawang gol skuad Harimau Malaya

Bangladesh berazam merobek gawang gol skuad Harimau Malaya

Bangladesh berazam merobek gawang gol skuad Harimau Malaya.

Bangladesh berazam merobek gawang gol skuad Harimau Malaya dalam tempoh 10 minit pertama supaya dapat menguasai perlawanan menjelang aksi terakhir Kumpulan E kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Justeru, jurulatih skuad Bengal Tigers, Javier Fernandez Penato pasukannya mahu mencipta kejutan walaupun kelebihan dimiliki skuad Harimau Malaya beraksi di gelanggang sendiri serta berada di ranking dunia lebih tinggi serta kehadiran puluhan ribu penyokong pasukan tuan rumah.

Menurutnya, berdepan dengan Malaysia dapat memberi peluang membuktikan kepada pasukan supaya memberikan sesuatu kepada penyokong dan negara.

Bangladesh berazam merobek gawang gol skuad Harimau Malaya

“Beraksi di hadapan sehingga 70,000 penonton hanya memberi motivasi tambahan kepada pemain dan suasana tersebut sempurna untuk membuktikan kepada semua orang bahawa kami boleh bersaing dengan sesiapa saja.

“Kami mahu memberikan sesuatu kepada penyokong kami, kami mahu pulang dengan sesuatu yang lain untuk diperkenalkan kepada negara. Jadi sudah pasti kami akan beraksi bermati-matian dan memberikan yang terbaik esok,” katanya pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.

Justeru, katanya, skuadnya menyasarkan untuk ‘membunuh’ skuad Harimau Malaya yang berada di ranking ke-154 dengan memecah kebuntuan gol terlebih dahulu dalam 10 minit pertama dalam usaha untuk menguasai permainan.

“Malaysia akan bermain bermati-matian dan kami akan cuba melumpuhkan gerakan lawan dalam tempoh 10 minit pertama. Kita perlu konsisten sepanjang saingan serta perlu kompetitif dan setiap gerakan esok akan memberi kesan,” kata jurulatih dari Sepanyol itu.

Bangladesh, yang menghuni ranking ke-188 dunia, sudah tersingkir daripada merebut slot ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China tahun depan selepas tewas 0-2 kepada Bahrain dan 1-3 di tangan Turkmenistan dalam dua perlawanan sebelum ini.

Selepas dua perlawanan, Bangladesh menghuni tangga tercorot Kumpulan E tanpa sebarang mata manakala Malaysia dan Turkmenistan berada di tangga kedua dan ketiga dengan masing-masing mengumpul tiga mata sementara Bahrain mengungguli kumpulan dengan enam mata.

Baca Lagi:

Wanita maut dipijak gajah, di majlis pengebumian mayat wanita dihempap gajah yang sama

Peternak di Thailand beri ayam makan ganja untuk hasilkan daging dan telur yang lebih baik

9 lelaki belasah 2 wanita sampai lunyai di restoran dicekup polis

CATEGORIES