9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut. Pasti anda tahu bahawa di Malaysia, terdapat banyak syarikat yang sangat kaya dan terkenal. Tetapi, bagaimanakah kekayaan syarikat tersebut dilihat dan diukur? Bagaimana kita boleh tahu syarikat tersebut kaya dan paling banyak aset?

Kekayaan syarikat biasanya diukur mengikut laporan jualan, keuntungan, nilai pasaran dan aset setiap tahun.

Setiap tahun, majalah Forbes akan mengeluarkan hampir 1,000 senarai syarikat yang terkaya yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pemilik syarikat serta para pelabur saham. Untuk pengetahuan anda, syarikat di negara kita juga sering tersenarai dalam majalah Forbes setiap tahun. Syarikat ini kebiasaanya adalah syarikat paling kaya di Malaysia.

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Jom lihat antara sembilan syarikat paling kaya di Malaysia yang ramai tak tahu.

1. Tenaga Nasional Berhad (TNB)

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Tenaga Nasional Berhad merupakan sebuah syarikat yang menyediakan utiliti elektrik terbesar di Malaysia sejak tahun 1949 dan terkemuka di Asia Tenggara. Dalam senarai Forbes, TNB berada pada kedudukan 540 dalam syarikat terbesar di dunia. Nilai pasaran semasa syarikat TNB ini adalah sekitar USD 16.2 bilion. Pasti ramai yang tahu TNB adalah salah sebuah syarikat terbaik di Malaysia.

2. CIMB Group Holding

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

CIMB Group Holding merupakan sebuah bank yang ditubuhkan melalui penggabungan beberapa bank dan telah mengembangkan sayapnya ke luar negara. Sebenarnya, CIMB Holding mempunyai anak syarikat seperti Bank CIMB Niaga di Indonesia dan CIMB Thai Bank di Thailand.

Selain itu, CIMB juga merupakan salah satu broker terbaik di Asia Tenggara dan salah satu penerbit bon Islam terkemuka di dunia pada masa kini.

Dalam senarai Forbes, CIMB Group Holding berada di kedudukan 689 dalam syarikat terbesar dunia dan antara syarikat paling kaya di Malaysia pada masa kini. Nilai pasaran semasa CIMB Group Holding adalah sekitar RM 32.61 bilion.

3. RHB Bank

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

RHB Bank merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1994 dengan nama DBC Bank Berhad. Selepas itu, nama DBC Bank Berhad telah bertukar kepada RHB Bank pada tahun 1997 di Kuala Lumpur sehinggalah ke hari ini. Untuk makluman anda, RHB Bank menyediakan perkhidmatan kewangan dari segi perbankan runcit, perbankan transaksi dan perbankan patuh Syariah.

Kini, RHB Bank dianggarkan mempunyai 250 buah cawangan meliputi sembilan buah negara di rantau Asia Tenggara. Dalam senarai Forbes pula, RHB Bank berada di kedudukan 1,295 dalam ranking syarikat terbesar dunia. Nilai pasaran semasa RHB Bank pula dianggarkan sekitar USD 4.4 bilion.

4. Public Bank

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Teh Hong Piow telah menubuhkan Public Bank pada tahun 1966 yang merupakan antara salah satu daripada dua bank yang dimiliki oleh orang Cina di Malaysia. Public Bank terlibat dalam sektor perbankan runcit dalam dan juga luar negara. Selain itu, ianya juga peneraju dalam hartanah, pinjaman kenderaan dan juga terlibat dalam pengurusan unit amanah.

Bank yang sangat kukuh ini dianggarkan mempunyai lebih 100 cawangan di luar negara seperti di Hong Kong, Kemboja, Vietnam dan Laos. Dalam senarai Forbes, Public Bank berada pada kedudukan 664 dalam ranking syarikat terbesar dunia dan telah menjadi antara syarikat paling kaya di Malaysia. Nilai pasaran semasa Public Bank dianggarkan sekitar USD 14.8 bilion yang telah meletakkannya sebagai bank kedua terbesar di Malaysia.

5. Maybank

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank merupakan antara syarikat paling kaya di Malaysia. Sebagai sebuah syarikat yang berkaitan dengan kewangan, Maybank menawarkan perkhidmatan perbankan komersial, korporat dan juga swasta. Maybank juga telah mengembangkan sayapnya ke luar negara dan mempunyai lebih 20 cawangan di Singapura dan Filipina.

Selain itu, Maybank juga mempunyai cawangan di New York, London dan juga China. Dalam senarai yang dikeluarkan Forbes, Maybank berada di kedudukan ke-349 dalam ranking syarikat terbesar dunia dan mempunyai nilai pasaran berjumlah USD 19.8 billion.

6. Sime Darby

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Sime Darby telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang merupakan sebuah syarikat pemegangan pelaburan. Ianya juga terlibat dalam perniagaan perladangan, peralatan industri, motor, hartanah dan juga utiliti. Sime Darby berada di kedudukan ke-791 dalam syarikat paling kaya di dunia dan top 5 syarikat paling kaya di Malaysia.

7. Genting

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Genting merupakan syarikat pegangan dan pengurusan pelaburan yang terlibat dalam pelbagai industri di negara kita dan merupakan antara syarikat paling kaya di Malaysia. Selain itu, Genting sangat berpengalaman dalam pembangunan, operasi dan pemasaran kasino dan resort di seantero pelusuk dunia termasuklah Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom dan sebagainya.

8. Petronas Chemicals Group Berhad

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Petronas Chemical Group Berhad merupakan syarikat pemegangan pelaburan yang mengeluarkan, memasarkan dan menjual petrokimia. Petronas Chemicals Group Berhad mempunyai aset RM30.66 billion yang meletakkannya sebaris dengan top 10 syarikat paling kaya di Malaysia. Ia juga menduduki tangga yang ke 1,319 dalam syarikat paling kaya menurut Majalah Forbes.

9. Axiata Group

9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut

Axiata Group merupakan sebuah syarikat terbesar dalam industri peralatan komunikasi yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan ia merupakan anak syarikat Khazanah Nasional. Syarikat hebat ini telah disenaraikan sebagai syarikat awam ke-1,510 terbesar di dunia pada tahun 2017. Sudah pasti ia merupakan antara syarikat yang paling kaya di Malaysia.

Kesimpulannya, sembilan syarikat paling kaya di Malaysia di atas telah mengharumkan nama Malaysia di serata dunia dalam pelbagai aspek. Jadi, siapa kata orang negara kita tidak hebat dalam menguruskan syarikat?

Baca Lagi:
Kisah ‘bujang senang’ Sarawak terbesar di dunia, buaya dikatakan jelmaan pahlawan Iban yang telah dibunuh
Diejek ‘Raja Formula’ dari dulu sampai sekarang, akhirnya Rafizi bersuara
Kucing hitam tiba-tiba ‘ghaib’ ketika siaran langsung dalam TV3 buat ramai terkejut
CATEGORIES