9 kesan buruk dan kisah menakutkan tentang ‘Ganja’ yang perlu anda tahu!!

9 kesan buruk dan kisah menakutkan tentang ‘Ganja’ yang perlu anda tahu!!

9 kesan buruk dan kisah menakutkan tentang ‘Ganja’ yang perlu anda tahu!!.

GANJA adalah sejenis dadah yang diambil oleh individu yang keinginan rasa relaks dan ‘melayan perasaan’ terutamanya jika mereka sedang stres mahupun ingin melarikan diri daripada realiti.

Di Malaysia, ganja adalah tidak sah di sisi undang-undang. Pun begitu, penggunaan ganja masih berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Ganja dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai marijuana yang merujuk kepada daun-daun yang kering, bunga dan benih daripada tumbuhan bernama Cannabis Sativa atau Cannabis Indica.

Dadah sudah diketahui secara umum bahawa ia berbahaya. Pelbagai kesan sampingan boleh terjadi sekiranya disalahgunakan.

Kajian menunjukkan bahawa penggunaan ganja atau turut dikenali sebagai kanabis boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan sampingan jangka masa pendek dan panjang antaranya;

1. Masalah kesuburan dan boleh menyukarkan wanita hamil

Bahan aktif yang terkandung di dalam ganja dikenali sebagai THC akan memberikan kesan sampingan terhadap organ pembiakan dalaman terhadap kedua-dua jantina, baik wanita mahupun lelaki.

Penggunaan ganja bagi kaum lelaki akan mengurangkan jumlah sperma dalam air mani.

2. Sakit kepala

Menurut kajian yang pernah dilakukan pada tahun 1992, penghisap ganja melaporkan bahawa mereka akan mengalami sakit kepala yang sederhana dan teruk sejurus selepas bangun daripada tidur.

Ia mungkin didasari oleh faktor kadar tekanan darah menjadi rendah selepas menghisap tumbuhan ini.

Pun begitu, pengguna tegar ganja mengatakan bahawa sakit kepala yang dialami ini adalah perkara yang biasa.

3. Mulut kering

Cottonmouth ini adalah istilah yang digunakan untuk merujuk keadaan mulut yang kering akibat pengambilan tumbuhan ini.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal “Addiction Research & Theory”, 79% pengguna tegar ganja menyatakan akan merasai kesan ini.

Kesan ini akan dirasai terutamanya ketika sedang makan, minum atau mengunyah gula-gula getah.

9 Kesan Buruk Dan Kisah Menakutkan Tentang Ganja yang perlu anda tahu!!

4. Ketagihan ganja

Ini adalah kesan ganja yang paling berbahaya kerana ia juga adalah sama seperti dadah lain yang menyebabkan ketagihan terhadapnya.

Kajian pada tahun 2010 menyatakan bahawa mereka yang ingin cuba berhenti daripada mengambilnya akan mengalami kesan withdrawal.

5. Masalah mental

Ada pendapat yang kata bahawa tumbuhan ini adalah jalan keluar daripada kekusutan atau kekacauan yang sedang berlaku dalam minda.

Itu silap kerana ia hanya akan menambahkan rasa kecelaruan, kegelisahan dan kemurungan selain membuat kalian terasing daripada masyarakat.

6. Selera makan meningkat

Ya, ini adalah kesan yang mungkin ramai daripada kita sudah tahu kerana ia adalah sangat ketara dalam kalangan pengguna tumbuhan terlarang ini.

Meskipun sebabnya masih belum dapat dikenal pasti, namun kajian pada tahun 2015 menyatakan ia mungkin berpunca daripada kesilapan penghantaran signal ke otak.

Buat inidvidu yang menyangkakan ia adalah kesan baik buat mereka yang ingin meningkatkan berat badan, itu ternyata silap kerana ia membahayakan kesihatan.

7. Kemerosotan daya ingatan

Banyak kajian menemukan pengguna ganja mengalami masalah daya ingatan jangka pendek, ada yang menunjukkan ia menjadi sebab daya ingatan merosot di semua tahap ingatan.

Kemerosotan ingatan dikesan lebih teruk pada remaja dan ia berkemungkinan makan masa jangka panjang.

9 Kesan Buruk Dan Kisah Menakutkan Tentang Ganja yang perlu anda tahu!!

8. Kemurungan dan keresahan

Walaupun ganja dikatakan mampu menjadi rawatan untuk kemurungan, dalam beberapa kes ia memberi impak sebaliknya.

Mereka boleh alami keresahan atau ketakutan selepas menghisap ganja.

9. Masalah paru-paru

Seperti rokok, menghisap ganja boleh memberikan kemudaratan kepada sistem pernafasan pengguna seperti bronkitis, batuk-batuk dan semput.

Justeru, jangan sesekali kalian mencuba untuk ambil dadah ini kerana ia boleh mendatangkan ketagihan yang maha dahsyat.

Sumber: Hello Doktor, Iluminasi

Baca lagi:

 Tiga anak melayu kini berjaya di UK bisnes Ganja, kalau dekat Malaysia comfirm kena gantung!

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

Warganet mula dedah siapa penyanyi nasyid ditangkap kes ganja

CATEGORIES