9 jalan utama sekitar Port Dickson ditutup 19 Jun ini. Beberapa jalan utama di sekitar Port Dickson akan ditutup pada Isnin, 19 Jun 2023.
Menerusi siaran media, Timbalan Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson, Muhamad Mustafah bin Hussin DSP berkata penutupan jalan dibuat bagi melancarkan acara berbasikal Le Tour De IPT 2023 yang berlangsung di daerah itu.
“Acara berbasikal ini akan bermula pada jam 0900hrs di mana jangka masa penutupan jalan adalah dari jam 0845hrs hingga 1000hrs,” memetik kenyataan.
Jelas beliau, acara tersebut akan melalui jalan-jalan berikut iaitu:
– Simpang Tiga Lampu Isyarat Politeknik
– Teluk Kemang
– Batu 4
– Jalan Pantai
– Jalan By Pass – PD
– Pekan Lukut
– Simpang Tiga Siliau
– Bandar Baru Springhill
– Jalan Seremban (Sempadan Sendayan)
Justeru, pihak polis Port Dickson meminta semua pengguna jalan raya merancang perjalanan pada hari tersebut bagi mengelakkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Semua pengguna juga diminta mematuhi segala arahan pihak polis bagi melancarkan acara ini sekali gus mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.