8 tahun berpisah, akhirnya Awie menangis dapat jumpa anak-anak bersama bekas isteri

Photo of author

By Joe

8 tahun berpisah, akhirnya Awie menangis dapat jumpa anak-anak bersama bekas isteri. Selepas lapan tahun terpisah, Datuk Awie akhirnya bertemu dengan dua anaknya, Putra Ahmad Rezzki, 15; dan Putri Qasseh Antasha, 13, selama dua hari iaitu kelmarin dan semalam.

Awie menerusi hantaran di Facebook semalam memuat naik gambar mereka dalam pertemuan yang turut disertai isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin dan anak mereka.

Mereka turut disertai tiga lagi anak Awie iaitu Putri Aleeya Antasha, 23; dan Putri Aleefa Antasha, 21; dan Putra Ahmad Merrah, 16.

8 tahun berpisah, akhirnya Awie menangis dapat jumpa anak-anak bersama bekas isteri

Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, penyanyi kumpulan Wings itu dilihat berkumpul dengan anak-anaknya di sebuah hotel.

Dia juga dilihat meluangkan masa dengan mereka mandi di kolam renang di situ.

“Terima kasih wahai Allah kerna mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah.
“Air mata menjadi saksi. Rinduku berbalas. Anak-anakku dunia akhirat. Moga bahagia hingga ke jannah. Terima kasih isteriku. Terima kasih kepada ibu anak-anakku.
“Moga ini menjadi titik permulaan yang baik untuk semua. Allahuakbar,” tulisnya.

8 tahun berpisah, akhirnya Awie menangis dapat jumpa anak-anak bersama bekas isteri

Terdahulu, Awie ketika ditemui pada Malam Gala filem terbitannya, Sue-On di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selasa lalu berkata, sambutan Aidiladha tahun ini paling bermakna kerana dia mungkin dapat bertemu dengan Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha yang kini di bawah jagaan bekas isterinya, Rozana Misbun.

Menerusi perkahwinan dengan Rozana pada 20 Jun 2005, mereka juga dikurniakan seorang lagi anak iaitu Putra Ahmad Merrah.

Mereka bercerai pada 1 November 2014 dan Merrah kini tinggal bersama Awie.

Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

Pada 7 Oktober 2016, Awie berkahwin dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020.

Baca Lagi:
Suami beli kondominum untuk skandal, teknik ‘save’ nama skandal ‘Wan Aircond Man’ akhirnya kantoi
Nenek rugi RM300,000 bila simpan duit dalam tin Milo
Peniaga Singapura jual durian dalam Shopee laku keras