8 negeri dijangka bakal tenggelam & hilang dari peta Malaysia

Photo of author

By Joe

8 negeri dijangka bakal tenggelam & hilang dari peta Malaysia. Lapan negeri di Malaysia antara yang dijangka bakal tenggelam dan hilang dari peta disebabkan oleh pemanasan global dan cuaca ekstrem.

Menurut laporan portal tempatan, berdasarkan kajian terbaharu oleh Nature Communications iaitu Elevation Data Triple Estimation to Sea – Level Rise and Coastal Flooding, antara negeri yang bakal terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak.

Kajian sama turut mendedahkan, populasi Asia paling banyak terdedah kepada kenaikan paras laut iaitu sebanyak 70 peratus di peringkat global.

8 negeri dijangka bakal tenggelam & hilang dari peta Malaysia

Antara faktor utama mengakibatkan kenaikan paras laut adalah pengembangan haba lautan, pencairan glasier Greenland dan Antartika serta kepingan ais, perubahan suhu dalam simpanan daratan dan faktor paling mendominasi ialah pengembangan haba lautan.

Pakar Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Juliana Jalaludin pula berkata, negara bakal mengalami peningkatan tahap banjir dan banjir laut selain hakisan pantai akan berlaku dengan lebih cepat serta merosakkan infrastruktur disebabkan impak dibawa gabungan kejadian ekstrem dan kenaikan paras laut.

“Antara bandar yang dijangka bakal menerima kesan adalah Parit Buntar sehingga Taiping (Perak), Bandar Muar (Johor) dan Pekan (Pahang) manakala Alor Setar (Kedah) berdasarkan Data Climate Central dijangka menjadi pulau menjelang 2050,” ujarnya.

Baca Lagi:
Warga emas jumpa berguni wang tunai ketika kemas rumah sendiri
‘Tak pernah dibuat mana-mana PM sebelum ni’, video Anwar arah anggota pengiring pergi cepat raih perhatian warganet
Black Hanifah dituduh beli kapal layar mewah di Langkawi untuk cuci duit haram