70 tokoh ilmuwan profesor Melayu pilih Anwar Ibrahim calon PM10

70 tokoh ilmuwan profesor Melayu pilih Anwar Ibrahim calon PM10

70 tokoh ilmuwan profesor Melayu pilih Anwar Ibrahim calon PM10. Seramai 70 ilmuwan profesor Melayu memilih Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70, Profesor Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud berkata, Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.

“Dengan berteraskan Islam sebagai agama Persekutuan serta memulihkan reputasi negara di mata dunia.
“Bersama pasukannya dalam PH pada PRU15 ini, merupakan pilihan terbaik untuk membawa negara keluar daripada kemelut ekonomi masa kini.
“Kepada kesejahteraan rakyat pada masa hadapan dan dalam masa yang sama menjamin keutuhan agama Islam serta kepentingan Melayu dan peribumi,” katanya.
70 tokoh ilmuwan profesor Melayu pilih Anwar Ibrahim calon PM10

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Deklarasi Profesor Melayu G70 di sini pada Rabu.

Tambah Wan Ramli, pihaknya menyeru rakyat Malaysia untuk menggunakan hak dan tanggungjawab memilih dalam PRU15 dengan mengundi pakatan politik yang mendukung perpaduan nasional seluruh rakyat dan keadilan masyarakat.

“Serta mengundi calon-calon yang memiliki prinsip integriti, amanah serta bebas dari amalan rasuah.

“Rakyat Malaysia mesti memilih calon-calon daripada pakatan politik yang memiliki iltizam bagi membina sebuah kerajaan berteraskan prinsip tatakelola baik serta bertekad memerangi sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa terhadap kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya.

Selain itu katanya, rakyat negara ini diseru menolak calon-calon daripada pakatan politik yang didapati telah mengkhianati amanah demokrasi dan menyalahgunakan kedudukan politik sebagai medan memenuhi kepentingan diri serta kumpulan.

Tegasnya, calon-calon yang menggunakan fitnah bagi meraih sokongan pengundi dan mengeksploitasi sentimen agama serta kaum juga perlu ditolak.

Sementara itu, Penyelaras Deklarasi Profesor Melayu G70, Profesor Dr Saadiah Mohamad turut mengulas mengenai sekiranya pihak universiti mengambil tindakan kepada mereka kerana menyokong Anwar.

“Kenapa pula nak ambil tindakan? Adakah kami melakukan satu kesilapan dan jenayah?

“Sebaliknya saya rasa G70 telah menunjukkan contoh yang baik dari segi mengangkat martabat ilmu itu dan juga keupayaan kita terutama kita dari kalangan profesor untuk memberikan pandangan.

“Sekiranya ada yang tidak bersetuju, kami menghormati perbezaan pendapat,” katanya.

Baca Lagi:
Kaki calon PH Parlimen Sepang digilis kereta ketika berkempen
Calon PH Padang Serai meninggal dunia
Ramai orang tak tahu bertapa bezanya simpan duit berbanding simpan emas
CATEGORIES