7 tahun pasangan suami isteri menanti zuriat, akhirnya dapat kembar 4 dan semuanya anak istimewa

7 tahun pasangan suami isteri menanti zuriat, akhirnya dapat kembar 4 dan semuanya anak istimewa

7 tahun pasangan suami isteri menanti zuriat, akhirnya dapat kembar 4 dan semuanya anak istimewa. Selepas penantian bertahun-tahun, pasangan suami isteri ini akhirnya mendapat zuriat sendiri.

Bukan seorang atau dua anak, sebaliknya pasangan ini dikurniakan anak perempuan kembar empat selepas tujuh tahun menunggu untuk menimang cahaya mata.

Namun dalam kegembiraan itu, siapa sangka mereka diuji lagi apabila keempat-empat anak kembar berkenaan mengalami kurang upaya intelektual.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Norhayu Mat Hanafi mengakui rumah tangga yang dibina sejak 2003 sangat sunyi tanpa anak selama enam tahun sebelum disahkan hamil.

7 tahun pasangan suami isteri menanti zuriat, akhirnya dapat kembar 4 dan semuanya anak istimewa

Lebih mesra disapa Ayu, katanya, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaannya apabila menerima perkhabaran yang amat menggembirakan itu.

“Saya dan suami cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pernah terfikir, ingat selepas lima tahun kalau tak ada rezeki, kami bercadang nak ambil anak angkat.

“Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga anak. Memang seronok dan tak sangka sebab sentiasa menunggu, kembar empat pula tu,” katanya ketika dihubungi mStar.

7 tahun pasangan suami isteri menanti zuriat, akhirnya dapat kembar 4 dan semuanya anak istimewa

Bagaimanapun, kegembiraan wanita berusia 41 tahun itu tidak lama apabila empat anak kembarnya didapati mengalami masalah pertuturan dan pembelajaran serta hiperaktif ketika usia mereka lima tahun.

“Cikgu mereka yang mula-mula dapat kesan keadaan anak-anak saya. Kami bawa pergi jumpa doktor dan mengesahkan mereka menghidap kurang upaya intelektual.

“Tengok macam normal, tapi mereka kanak-kanak istimewa. Umur sekarang 12 tahun tapi perwatakan macam kanak-kanak usia tujuh tahun,” ujarnya yang berasal dari Jitra, Kedah.

1901446 e1673747899444

Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, dia pada mulanya berat hati untuk berdepan dengan situasi sukar itu.

“Mulut je kata reda tapi hati tu rasa berat, tapi lama-kelamaan saya mulai terima. Saya bersyukur sangat kerana dapat sokongan dan semangat daripada orang sekeliling.

“Saya rasa bersyukur kerana setiap kali fikir tentang kesusahan ini, sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada saya. Malah ada yang dah kahwin lebih 10 tahun masih belum dikurniakan zuriat,” katanya sambil menambah dua lagi anaknya berusia enam dan dua tahun.

Mengenai empat anak kembarnya yang menyertai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), suri rumah itu mengakui anak-anaknya menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.

7 tahun pasangan suami isteri menanti zuriat, akhirnya dapat kembar 4 dan semuanya anak istimewa

“Dulu masa tak ada anak, sangat sunyi. Sekarang ni rumah tak pernah sunyi. Anak-anak kembar saya mempunyai bakat dalam mewarna, boleh mewarna dari pagi sampai malam.

:”Harapan saya dan suami agar anak-anak dapat menguruskan diri mereka apabila kami sudah tiada lagi.

“Saya belajar hidup ini kena sentiasa positif dan reda apa yang ditakdirkan untuk kita. Pada masa sama, saya juga memberi sokongan kepada mereka yang belum ada rezeki anak.

“Saya pesan jangan ambil hati dan layan perasaan kalau ada orang tanya pasal anak. Jangan sensitif, jadi macam saya dan suami sama-sama check dan Alhamdulillah kami normal cuma belum ada rezeki masa tu, apa yang penting suami isteri kena mainkan peranan,” katanya.

Kisah empat anak kembar dikongsi Ayu di TikTok sehingga meraih lebih 2.4 juta tontonan.

Baca Lagi:
Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun
Ini senarai 5 tol lebuh raya paling mahal di dunia yang ramai tak tahu
Zahid umum perlantikan Pengerusi Majlis Ulama UMNO
CATEGORIES