7 tahun makan buah nangka & durian sahaja, wanita berasal dari Russia meninggal dunia di Malaysia akibat diet melampau

7 tahun makan buah nangka & durian sahaja, wanita berasal dari Russia meninggal dunia di Malaysia akibat diet melampau

7 tahun makan buah nangka & durian sahaja, wanita berasal dari Russia meninggal dunia di Malaysia akibat diet melampau. Pempengaruh vegan dari Rusia berusia 39 tahun yang bernama Zhanna D’Art dilaporkan meninggal dunia di Malaysia akibat diet melampau yang diamalkannya selama bertahun-tahun, di mana dia hanya makan durian dan nangka.

Zhanna D’Ar atau nama sebenarnya Zhanna Samsonova, mencipta nama sebagai pempengaruh vegan di mana dia berkongsi banyak video makan makanan mentah di media sosial, lapor New York Post.

Salah seorang rakannya memberitahu sumber bahawa pempengaruh itu dilaporkan menjalani diet yang hanya terdiri daripada durian dan nangka sejak tujuh tahun lalu.

7 tahun makan buah nangka & durian sahaja, wanita berasal dari Russia meninggal dunia di Malaysia akibat diet melampau

Beberapa orang lain juga menyatakan bahawa diet yang melampau telah menjejaskan kesihatan Zhanna dan percaya bahawa ia adalah punca kematiannya.

“Zhanna nampak tidak bermaya, tetapi dia percaya semuanya baik-baik saja. Hanya matanya, matanya yang riang, dan rambutnya yang cantik yang menampakkan dia tu sihat dan ceria walaupun sebenarnya tersiksa,” kata salah seorang rakannya.

Beberapa bulan sebelum kematiannya, salah seorang rakan Zhanna berkata bahawa dia melihat Zhanna sangat letih dan kakinya bengkak semasa dia berada di Sri Lanka.

7 tahun makan buah nangka & durian sahaja, wanita berasal dari Russia meninggal dunia di Malaysia akibat diet melampau

“Mereka menghantarnya pulang untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia melarikan diri lagi. Apabila saya melihatnya di Phuket, saya rasa ngeri. Saya tinggal satu tingkat di atasnya dan setiap hari saya takut kalau dia tidak bernyawa lagi pada keesokan pagi. Saya meyakinkannya untuk mendapatkan rawatan, tetapi dia tak nak.”

Pada 21 Julai, Zhanna meninggal dunia di Malaysia selepas dia akhirnya bersetuju untuk mendapatkan rawatan perubatan, di mana punca kematian tidak rasmi adalah akibat kelaparan.

Bagaimanapun, ibu Zhanna percaya anak perempuannya telah meninggal dunia akibat “jangkitan seperti kolera” kerana bertahun-tahun memakan buah-buahan, biji-bijian dan jus. Namun begitu, punca rasmi kematian masih belum diketahui.

Baca Lagi:
Bukti Perpaduan itu wujud, wanita India suap pesakit Melayu makan jadi perhatian ramai
Perunding kewangan bongkar rahsia di sebalik resit ATM yang anda selalu buang, rupanya boleh buat duit percuma
Anak perempuan Lim Kit Siang dedah sesuatu, DAP berisiko kalah di Pulau Pinang
CATEGORIES