7 jenis pendapatan yang ramai tak tahu dalam dunia kewangan. Dalam bidang kewangan, terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan dan keuntungan dari pelbagai bentuk.
Berikut adalah beberapa jenis pendapatan yang boleh dihasilkan sama ada oleh individu, syarikat, atau institusi.
Gaji
Secara umumnya, banyak individu memilih untuk bekerja dengan majikan. Ini kerana pekerja akan menerima bayaran yang telah ditetapkan sama ada bulanan (gaji) atau mengikut kiraan hari/jam (upah).
Komisen
Pendapatan tambahan yang diberikan apabila tugasan tertentu berjaya diselesaikan, seperti program atau projek. Dalam dunia perniagaan, komisen biasanya diberikan berdasarkan jumlah jualan produk yang tercapai.
Kadar Faedah
Keuntungan yang diperoleh melalui perkhidmatan pinjaman yang diberikan kepada pelanggan. Kaedah ini kerap digunakan oleh institusi kewangan seperti bank yang memberi pinjaman kepada pelanggan dan mengenakan kadar faedah yang perlu dibayar secara bulanan.
Sewaan
Pendapatan daripada sewaan kerap digunakan oleh mereka yang memiliki aset hartanah, bangunan, atau premis untuk menghasilkan keuntungan pasif yang berterusan. Pihak yang memerlukan premis untuk perniagaan mereka akan menyewa daripada pemilik dan mematuhi perjanjian kontrak yang telah ditetapkan.
Pulangan Modal
Pulangan modal merujuk kepada peningkatan nilai aset yang dimiliki. Apabila seseorang membuat keputusan untuk menjual aset seperti saham pada harga yang lebih tinggi daripada harga beliannya, dia akan mendapat pulangan modal yang berlipat ganda.
Dividen
Dividen ialah pembayaran sebahagian daripada keuntungan yang dibahagikan sebagai ganjaran kepada individu yang melabur dalam syarikat atau kumpulan tertentu. Ia menjadi pilihan popular kerana risikonya yang rendah dan jaminan keuntungan yang berterusan mengikut tempoh yang ditetapkan, contohnya KWSP dan ASB.
Royalti
Royalti adalah bayaran untuk hakmilik atau lesen atas harta intelek seperti paten atau hakcipta yang digunakan oleh pihak lain. Contohnya termasuk royalti muzik dan royalti minyak.