7 bayi baru lahir maut hospital terbakar. Sekurang-kurang tujuh bayi maut dalam satu kebakaran di bangunan sebuah hospital kanak-kanak di New Delhi, India pada malam Sabtu.
Berdasarkan laporan India Today, sebanyak 12 bayi telah ditempatkan di hospital tersebut. Namun, hanya lima bayi yang berjaya diselamatkan dan telah dipindahkan ke hospital lain untuk menerima rawatan lanjut.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran tersebut disebabkan oleh letupan silinder oksigen di hospital tersebut.
Namun, pemilik fasiliti kesihatan tersebut telah melarikan diri selepas kejadian tersebut.