6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik ‘Pukki’

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik ‘Pukki’

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik ‘Pukki’. Dalam bidang sukan, penglibatan individu bergelar atlet yang datang dari bermacam jenis budaya dan latar belakang berbeza, membawa pendedahan tentang nama-nama unik dari benua berbeza.

Majoriti nama pemain bola sepak yang bermain khususnya yang dari negara berbahasa Inggeris, mempunyai maksud yang mudah difahami kerana kita berkebolehan memahaminya.

Tetapi bagi pemain yang datang dari negara bukan penutur Inggeris, nama mereka menyembunyikan makna yang boleh dikategorikan lucu juga. Berikut adalah 5 pemain bola sepak aktif yang mempunyai nama yang jika diterjemah, mampu membuat kita ketawa.

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik 'Pukki'

1. Ciro Immobile (Itali)

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik 'Pukki'

Penyerang kelab Lazio yang bermain di Serie A Itali serta pasukan kebangsaan negara tersebut, Ciro Immobile lahir pada tahun 1990.

Sebelum tersenarai sebagai tunggak pasukan, beliau menjalani jatuh bangun semasa bergelar pemain akademi, sukar mendapat tempat sehinggalah diterima ke akademi kelab Sorrento pada usia 17 tahun yang memberikan dia peluang.

Pernah bermain di liga Jerman dan Sepanyol, nama keluarga beliau ‘Immobile’ disebut ‘iim-mo-bii-ley’ dikatakan hanya diguna keturunan yang berasal dari Naples di selatan Itali, menjadikan nama ini unik di kalangan masyarakat Itali sendiri.

Seperti terjemahan Inggerisnya, ‘immobile’ membawa erti sesuatu yang tidak bergerak atau statik. Nasib baiklah Ciro Immobile tidak pegun di satu lokasi saja atas padang semasa bermain.

2. Kevin de Bruyne (Belgium)

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik 'Pukki'

Nama keluarga perancang tengah kelab Manchester City dan Belgium, Kevin de Bruyne ini mempunyai pelbagai variasi bentuk ejaan berbeza.

Boleh ditulis sebagai Debruyne, De Bruijne, De Bruin, De Bruijn dan juga De Bruyn, makna nama ini yang diambil daripada bahasa Belanda, mempunyai hanya satu makna iaitu warna coklat.

Mudah ditemui di kalangan masyarakat Belgium dan Belanda, selain Kevin de Bruyne atau Kevin Yang Coklat, juga ada beberapa orang De Bruyne lain yang terkenal.

Antaranya Donatien de Bruyne, seorang ahli falsafah agama dari Perancis abad ke 19 yang terbuka mengkritik dan mempertikaikan isi kandungan kitab Perjanjian Baru yang digunapakai masyarakat Kristian.

3. Aymeric Laporte (Sepanyol)

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik 'Pukki'

Pemain pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte mungkin memilih negara itu untuk diwakili dalam pasukan senior. Dalam tubuhnya mengalir darah berketurunan Perancis, negara kelahirannya.

Ini jelas dapat dilihat daripada nama keluarganya ‘Laporte’; frasa yang dibentuk daripada gabungan istilah ‘la’ (the) dan porte (door) atau the door dalam bahasa Inggeris.

Dalam bahasa Melayu? Namanya akan diterjemahkan sebagai Aymeric Pintu. Dah macam filem Ahmad Albab pula kan!

Kenapa dia mempunyai nama ini? Ini kerana nama yang beliau warisi sebenarnya adalah nama sebuah keluarga bangsawan di Perancis.

Nenek moyang beliau pernah memegang jawatan di kalangan pemerintah zaman dahulu, terkenal sebagai keluarga yang ditugaskan menjaga pintu kota – jadi keluarga itu mula dikenali sebagai La Porte disebabkan kedudukan kediaman mereka.

4. Emil Buendia (Argentina)

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik 'Pukki'

Sebagai pemain berprofil tinggi, Emiliano Buendia pasti kecewa tidak tersenarai dalam senarai pasukan kebangsaan Argentina semasa kempen Piala Dunia 2022. Dahlah negara dia menang temasya tersebut.

Lahir di Argentina tetapi mewarisi keturunan dari Sepanyol, nama keluarga yang beliau warisi merupakan sebuah istilah Sepanyol yang sering diungkapkan masyarakat mereka hari-hari.

‘Buen’ dalam nama beliau adalah singkatan kepada istilah Sepanyol ‘bueno’ yang bererti ‘selamat’ atau baik sementara ‘dia’ itu pula membawa makna hari. Apabila digabungkan, buendia membawa makna hari yang baik, diucapkan kerap kepada orang lain!

Oleh kerana datang dari bahasa Sepanyol, istilah ini juga wujud di kalangan masyarakat yang mewarisi elemen penjajahan dari bekas kuasa kolonial itu seperti Filipina, di mana ada seorang pemuzik legenda rock bernama Ely Buendia yang cukup berpengaruh dalam politik dan industri muzik negara itu.

5. Martin Odegaard (Norway)

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik 'Pukki'

Kapten kepada kelab Arsenal dari England dan pasukan kebangsaan Norway ini pernah mencetuskan sensasi selepas berpindah ke kelab gergasi Real Madrid pada ketika usia baru 15 tahun.

Kini menemui kembali sentuhan lamanya serta terkenal sebagai perancang tengah berpengaruh, nama beliau kedengaran unik bagi individu yang tidak biasa dengan bahasa Norway – tetapi nama itu nama biasa yang berkait dengan sejarah hitam masyarakat Eropah dalam tragedi wabak Black Death, mengorbankan jutaan nyawa.

Ini kerana nama keluarga beliau muncul akibat peristiwa tersebut.

Odegaard jika dipecahkan kepada suku katanya, merupakan gabungan istilah Øde yang merujuk kepada status tiada atau hilang hak milik dan juga gård yang membawa maksud ladang.

Digabungkan, Ødegård merujuk kepada keluarga yang telah kehilangan ladang mereka akibat wabak, selepas mereka perlu meninggalkan harta benda dan kediaman mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

6. Teemu Pukki (Finland)

6 nama pemain bola sepak dunia yang punyai maksud tersirat, no 6 paling pelik 'Pukki'

Tak perlulah kami jelaskan kepada anda kenapa nama ini perlu kami senaraikan di sini ya? Cukuplah sekadar senyum dan buat-buat faham saja kenapa nama beliau terkenal di Malaysia.

Masih aktif bermain bersama kelab Norwich City di England serta bergelar penjaring gol terbanyak negara Finland, Pukki mempunyai sentuhan berbisa di hadapan gol. Cuma namanya itu memang membuatkan juruhebah di Malaysia sukar nak menyebutnya dalam media.

‘Pukki’ dalam bahasa Finland sebenarnya membawa maksud kambing. Teemu pula membawa makna kemenangan orang ramai, jadi ‘Teemu Pukki’ secara menyeluruh membawa maksud ‘kambing yang diraikan/meraikan kemenangan orang ramai.’

Tak adalah kelakar sangat kan? Hahaha. Nanti dulu!

Di kalangan masyarakat Finland dalam setiap kali perayaan Krismas, mereka meraikan simbol mirip Santa Claus yang agak unik di Finland, dipercayai gabungan dua entiti iaitu Santa Claus dengan sejenis makhluk halus berupa kambing jadian.

Apa nama ‘Santa Claus’ versi Finland ini? Joulupukki. Kami tak tipu!

Baca Lagi:
Selepas dikritik, Datuk Syafinaz muat naik video dengan penampilan terbaru, kali ini ramai yang mendoakannya
Walaupun dah kahwin lain, bekas suami hadiahkan kereta dan bonus 20 peratus untuk bekas isteri dipuji netizen
Budak baru nak ambil SPM dari Shah Alam terima gaji RM14,000 sebulan
CATEGORIES