5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati

5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati

5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati. Kemeriahan bulan Ramadan tidak terasa di Malaysia tanpa penganjuran bazar jualan juadah di kawasan sekitar kita.

Terkenal sebagai budaya masyarakat yang membolehkan kita menikmati pelbagai jenis hidangan ketika waktu berbuka, kehadiran bazar Ramadan menjadi antara identiti terkenal masyarakat kita.

Apa yang mengeruhkan semua kemeriahan ini, adalah kehadiran peniaga-peniaga yang kurang jujur atau mungkin juga memang menipu pelanggan, berulang kali dibiarkan berlaku perkara serupa.

5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati

Berikut adalah 5 taktik penipuan yang pasti berlaku setiap kali tiba musim bazar Ramadan kembali bersama kita.

1. ______ inti angin

5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati

Penulis dah takut nak beli apa saja kuih yang mempunyai inti yang tak kelihatan.

Kuih-kuih kegemaran penulis seperti karipap, popia dan samosa kadangkala apa yang kita dapat hanyalah kulitnya saja. Inti dalamnya ada lah secubit dua. Harganya pun boleh tahan mahal juga.

Dijual pun dalam set yang sudah siap sedia dibungkuskan, tanpa boleh dibeli satu per satu macam dulu-dulu. Nak tak nak, kita pun terpaksa makan sajalah tepung goreng yang ada inti secubit, kerana kita dah membelinya.

2. Air paip balang, kordial dan pewarna

Ramai peniaga air balang menggunakan tarikan warna dalam usaha menarik pelanggan ke gerai mereka.

Dari jauh lagi kita dah boleh nampak warna-warni air balang yang kadangkala sunggu tak semulajadi rupanya. Tak pastilah penulis berapa botol pewarna mereka letakkan nak mendapatkan kesan sedemikian rupa.

Masalah peniaga menggunakan air tidak dimasak juga terus kedengaran, kerana ramai peniaga cuba merendahkan kos penyediaan. Sudahlah air tak dimasak, apa yang dijual sebagai ‘jus’ bila dihirup, rupanya kordial.

Kalau pakai kordial, tulis sajalah pakai kordial. Juallah pada harga rendah.

3. ‘Ais berperisa’

5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati

Terkena dengan air paip balang, pewarna dan kordial memang satu isu menyakitkan hati. Terkena dengan peniaga yang menjual ‘ais’ ni pun satu isu besar.

Kita nak beli air. Apa yang kita dapat hanyalah ais batu satu plastik. Airnya sikit je. Nak kongsi ramai-ramai pun tak cukup amaunnya.

Kami faham ais banyak perlu diletak bagi memastikan rasa sejuk minuman itu bertahan sehingga waktu buka puasa. Tetapi janganlah sampai satu plastik penuh ais semata-mata, khususnya yang dah dibungkus siap-siap.

Apa yang penulis selalu buat, adalah minta peniaga tu bungkus baru dan minta ais dikurangkan. Kalau tak memang kita balik rumah dapat ais berperisa sajalah.

Tapi peniaga pun dah bijak. Kalau tak nak ais atau ais kurang, harganya akan naik. Hari ini datang, esok memang tak jenguk dah la gerai sebegini.

4. ‘Recycle’ jualan semalam yang tak habis

5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati

Kita gembira nak berbuka puasa dengan lauk pauk yang dah kita beli.

Semua nampak sedap. Bila dah dihidang dan dirasa, mulut kita dapat menangkap yang lauk-pauk di depan kita, bukannya baru dimasak tapi dah dimasak agak lama. Ayamnya dah keras. Ikannya dah serupa getah.

Harga jualannya tetap sama. Bukan saja lauk pauk, nasi ayam kegemaran penulis pun kerap berlaku perkara serupa sehinggakan penulis berikrar tak akan beli nasi ayam lagi sepanjang hidup, dalam bulan Ramadan di bazar.

Kami ajukan kepada anda satu soalan – apa patut peniaga buat dalam hal lauk tak habis ni? Kita memang simpati dengan peniaga yang terpaksa berhadapan rugi.

Walaupun begitu kami juga tak mahu makan lauk ‘seakan baru’ yang dah dimasak 2-3 hari lepas.

5. Jadikan bazar peluang cuba-cuba meniaga

5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati

Banyak pendapat mengatakan berniaga di bazar Ramadan mampu menjana pendapatan lumayan kepada peniaga. Bila slot gerai dibuka kepada umum, memang berebut-rebut peniaga mahu mendapatkan tapak.

Walaupun demikian, dek kurangnya penilaian dan pemantauan pihak berkuasa kita, akan terlepaslah beberapa peniaga yang penulis kategorikan sebagai ‘semalam tengok tutorial masakan, hari ni terus berani meniaga makanan.’

Boleh rasa perbezaan di antara tangan yang benar pakar menyediakan makanan dengan mereka yang sekadar nak cuba-cuba berniaga kerana kejar duit. Seandainya anda dalam kelompok begini dan menjadikan Ramadan bulan cuba-cuba berniaga, tolonglah cuba-cubalah berniaga waktu lain bukan dalam bulan Ramadan.

Timbalah pengalaman dulu meniaga secara sambilan, perbaiki resipi anda dan kenalpasti kekurangan. Usahlah jadikan bazar Ramadan sebagai medan eksperimen anda. Naya orang ramai yang membelinya.

Baca Lagi:
Cara mudah nak hilangkan ‘watermark’ pada cermin kereta, guna 3 bahan ni je
Penyanyi tempatan didakwa pukul anak angkat kerana mahu solat tarawih
Zahid dedah bekas pemimpin UMNO kalah pemilihan larikan harta parti
CATEGORIES