5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022. Hidup berpasangan adalah fitrah semula jadi dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang dengan malam, pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia, melalui perkahwinan menemukan pasangan untuk mengharungi segala suka duka kehidupan.

Disini senarai 5 artis yang menamatkan zaman bujang pada tahun 2022.

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

1) Heliza Helmi & Dato Seri Mahadi

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

Heliza Helmi menjadi isteri kepada ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada 11.11 pada 1 Januari 2022. Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah al-Quran.

2) Zulin Aziz & Farhan Norzaini

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

Dengan sekali akad, Zulin Aziz, sah bergelar isteri kepada rakan niaganya, Farhan Norzaini di Masjid Negara di sini, pada 20 Februari 2022. Majlis pernikahan itu berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

3)Wany Hasrita & Adib Fahmi

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

Penyanyi Malaysia,Wany Hasrita secara rasmi bergelar isteri kepada jejaka pilihannya bernama Al Adib Fahmi dalam satu majlis yang berlangsung pada 22 Julai 2022 lalu. Akad nikah itu disempurnakan oleh bapanya sendiri Hasbullah Hassan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin AlRasyid Mat Isa kira-kira jam 9.15 malam di Dewan Glam, Damansara Perdana, Selangor.

4) Adam Lee & Sweet Qismina

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

Pasangan pelakon, Adam Lee dan Sweet Qismina selamat diijab kabulkan di sebuah tempat acara, pada 24 Oktober 2022 dengan sekali lafaz. Pasangan pengantin dinikahkan oleh abang Sweet, disaksikan Pendaftar Nikah dan Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak Selangor, Mohamad Khairin Hussein.

5) Najwa Latif & Akwa Arifin

5 senarai artis Malaysia yang menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2022

Penyanyi Najwa Latif selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap, Akwa Arifin dengan sekali lafaz pada 11 November 2022. Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat. Akwa menyerahkan mas kahwin 2.5 gram emas kepada Najwa Latif.

Baca Lagi:
Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
Teruja Anwar sebagai PM, warga emas ‘melepaskan niat’ belanja orang ramai di kedai kopi
CATEGORIES