5 selebriti wanita terkenal Malaysia jadi mangsa sunting gambar bog3l

Photo of author

By Joe

5 selebriti wanita terkenal Malaysia jadi mangsa sunting gambar bog3l. Ada pihak tergamak menyunting foto beberapa selebriti wanita kepada gambar yang mengaibkan guna teknologi Artificial Intelligence (AI). Melampau betul!

Menurut laporan mStar, antara selebriti wanita yang menjadi mangsa adalah Mira Filzah, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Hanna Delisha dan Puteri Aisyah.

Meninjau ke satu platform media sosial ini, foto-foto selebriti wanita bertudung dan tidak bertudung ini disunting secara melampau dan mengaibkan iaitu dalam keadaan berbogel.

5 selebriti wanita terkenal Malaysia jadi mangsa sunting gambar bog3l

Meskipun jelas ia disunting, namun tular sejak semalam di aplikasi TikTok yang memperlihatkan pelakon Anna Jobling berada dalam keadaan tidak senonoh.

5 selebriti wanita terkenal Malaysia jadi mangsa sunting gambar bog3l

Netizen kemudian meninggalkan komen di video-video berkenaan dan meminta agar artis wanita yang menjadi mangsa untuk segera mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menjadi dalang kepada penyebaran foto suntingan ini.

Baca Lagi:
“Yang kenal kedai jangan mention nama”- Pemuda bantu tarik barang sihir kebetulan singgah makan dapat pujian ramai
Berhenti kerja di kafe popular sebab ‘boikot’, barista ini dedah rahsia cara sedapkan kopi serta formula bancuhan yang buat ramai ketagih
Pekerja asing boleh diusir dari Malaysia jika berkahwin dengan warga tempatan