5 sebab isteri boleh minta cerai dengan suami

Photo of author

By Joe

5 sebab isteri boleh minta cerai dengan suami. Ustaz Azhar Idrus, seorang pendakwah bebas yang terkenal, memberikan penjelasan mengenai sebab-sebab yang membolehkan seorang isteri meminta cerai daripada suaminya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Azhar menjelaskan dalam sebuah hadis, isteri yang sengaja meminta cerai daripada suami kerana sebab yang remeh-temeh adalah berdosa.

“Sebaiknya jangan minta cerai dan jangan minta bermadu. Jangan suruh suami kita nak bermadu. Tiba-tiba dia bermadu juga. Bila bermadu kita minta dengan Allah supaya Allah jadikan suami kita adil dan jadikan diri kita sabar. Itu yang terbaik.

5 sebab isteri boleh minta cerai dengan suami

“Dengar baik-baik ada satu hadis ‘mana-mana isteri yang sengaja minta cerai daripada suaminya tanpa kejahatan suaminya, maka haram untuknya mencium bau syurga’.”

Ustaz Azhar menerangkan terdapat lima sebab di mana seorang isteri boleh meminta cerai daripada suaminya.

“Tetapi jika ingin meminta cerai yang tidak berdosa, ada lima sebab. Pertama, suami tidak memberi nafkah dan mengabaikan tanggungjawab nafkah. Kedua, suami melakukan keganasan seperti memukul, melukakan muka, atau membuatkan darah hidung. Ada juga suami yang mempunyai tabiat buruk seperti itu.

“Ketiga, suami menghalang perkara-perkara yang wajib dilakukan oleh isteri seperti menutup aurat atau melarang solat. Keempat, suami menyuruh melakukan perkara-perkara yang haram menurut syarak. Contohnya, mengajak kepada perkara-perkara yang melanggar hukum agama.

“Dan yang kelima, suami dipenjara. Di kebanyakan negeri di Malaysia, sekiranya suami dipenjarakan selama tiga tahun atau lebih, maka jika ada salah satu sebab ini, meminta cerai adalah tidak berdosa kerana itu adalah hak isteri. Jika lain daripada itu, maka hendaklah bersabar.”

Ustaz Azhar menasihati agar tidak menganggap ringan isu perceraian kerana ada kekhawatiran bahawa dosa tidak akan diampunkan.

“Minta cerai atas perkara-perkara yang kecil dan remeh-temeh boleh berisiko seperti yang disebut dalam hadis tadi. Kita bimbang tidak akan mencium bau syurga.

“Neraka bukan sahaja menyakitkan, tetapi juga menghodohkan. Wanita yang paling cantik di dunia akan dimasukkan ke dalam api selama sepuluh minit dan menjadi hodoh. Janganlah berbuat derhaka.”

@netfreak96_ Isteri Minta Cerai Tak Sanggup Hidup Bermadu 🥺 #cerai #madu #foryou #foryoupage #ustazazharidrus ♬ original sound – Nazrin Al Rashid

Baca Lagi:
Ramai warganet tidak puas hati, ini sebab kenapa Siti Nurhaliza layak dipilih sebagai pakar di UMCCed
“Sampai begitu sekali…”- Lelaki buat tebal muka berdiri tepi jambatan pegang plakad minta rakan bayar hutang
Bulatan hitam seperti ‘mata satu’ muncul di langit jadi tanda tanya