5 pekerjaan luar biasa yang boleh dibuat selepas bersara, gaji dibayar tersangat tinggi

5 pekerjaan luar biasa yang boleh dibuat selepas bersara, gaji dibayar tersangat tinggi

5 pekerjaan luar biasa yang boleh dibuat selepas bersara, gaji dibayar tersangat tinggi. Berapa ramai antara korang yang tengah buat kerja yang korang idam-idamkan? Atau pun korang buat kerja yang lain dari apa yang diimpikan?

Kebanyakan dari kita bila dah masuk alam pekerjaan, ia taklah seindah yang dibayangkan. Bukan tu je, lepas dah banyak komitmen, gaji yang kita dapat bulan-bulan pun rasa macam tak setimpal je.

Lepas korang baca artikel ni, mungkin korang akan ada sedikit penyesalan sebab tak tahu pekerjaan luar biasa dan tak ramai orang buat ni, sebenarnya dibayar dengan gaji yang sangat tinggi tau!

5 pekerjaan luar biasa yang boleh dibuat selepas bersara, gaji dibayar tersangat tinggi

1. Jurukimpal bawah laut

Baru-baru ini, tular mengenai cerita banglo di Sik yang didakwa milik Menteri Besar Kedah. Namun begitu, Sanusi Md Noor menafikan pendakwaan ini dan mengatakan rumah tersebut adalah milik abangnya yang bekerja sebagai jurukimpal bawah laut.

Kalau korang nak tahu, kerjaya sebagai jurukimpal bawah laut ini adalah antara pekerjaan bidang kimpalan yang mempunyai jaringan pekerjaan yang luas. Bukan itu sahaja, jurukimpal juga turut mendapat bayaran yang sangat lumayan.

Tapi korang kena tahu, bekerja sebagai jurukimpal bawah laut ini juga turut datang dengan risiko yang besar. Tugas jurukimpal bawah laut memerlukan seseorang itu untuk menjalankan tugas-tugas merbahaya di dalam laut dan di lokasi terpencil.

Selain itu, mereka juga turut terdedah dengan letupan dan renjatan elektrik semasa menjalankan tugas. Memang ibarat nyawa di hujung tanduk!

Tapi, dengan risiko yang tinggi ini, jurukimpal turut dibayar dengan pendapatan yang sangat-sangat lumayan iaitu lebih RM400,000 setahun. Peh banyak tu, bukan setakat banglo dekat Sik je boleh buat, kat tengah KL pun takdehal ni.

2. Pakar pengambilan pesawat

Ini satu lagi pekerjaan berisiko tinggi, korang mungkin tertanya-tanya pakar pengambilan pesawat ni buat apa kan? Okay, senang cerita, pakar pengambilan pesawat ni tugas dorang sama macam tukang tarik kereta. Bezanya, dorang tarik pesawat.

Sekiranya orang yang memiliki pesawat gagal untuk membuat bayaran bulanan dorang, bank akan telefon pakar pengambilan pesawat ini untuk menjejaki pesawat tersebut dan seterusnya ambil balik pesawat tersebut dan terbangkan ia untuk ditarik.

Selain risiko semasa menerbangkan pesawat, mereka juga mempunyai risiko untuk ditembak ekoran pemilik pesawat ini terdiri dari orang-orang kaya yang mungkin memiliki senjata api.

Biasanya, pakar pengambilan pesawat ini akan mendapat komisyen sebanyak 6 ke 10 peratus dari hasil penjualan semula pesawat yang biasanya mencecah jutaan ringgit. Ini bermakna, mereka berpeluang untuk mendapat lebih kurang RM4 juta untuk satu tugasan. Fuyooo

3. Penggodam beretika

Menggunakan bakat untuk mengakses sistem komputer sulit secara sah boleh mendapatkan pendapatan yang lumayan. Lagi-lagi di zaman digital ni, kerajaan dan syarikat global perlu sentiasa berhati-hati supaya tidak digodam.

Bagi penggodam beretika yang diiktiraf, mereka boleh menjana pendapatan lebih RM460,000 setahun untuk gaji asas sahaja. Malah terdapat juga sijil untuk sesiapa yang berminat untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya.

4. Maskot

5 pekerjaan luar biasa yang boleh dibuat selepas bersara, gaji dibayar tersangat tinggi

Pelakon yang menjadi Big Bird di dalam Sesame Street selama lebih 40 tahun, Caroll Spinney telah berjaya mendapat pendapatan yang agak lumayan. Dia dilaporkan mendapat bayaran lebih RM1 juta.

Tapi, dia bukanlah maskot paling banyak dibayar, Joseph Mazzarino yang menjadi Murray Monster telah mendapat bayaran tertinggi sebanyak RM2.6 juta. Tak nampak muka pun banyak tau dapat.

5. Pemain esport profesional

Kalau korang suka habiskan masa depan komputer dan main game online, tak mustahil untuk korang berhenti kerja yang korang buat, dan masuk pertandingan eSport dan bawa pulang jutaan ringgit. Buktinya, individu-individu dekat bawah ni berjaya buat macam tu!

Pada tahun 2022, seorang gamer Singapura, Daryl Pei Xiang telah membawa pulang sebanyak lebih RM900,000. Manakala, gamer UK Jake Brown yang baru berusia 22 tahun pula berjaya mendapat pendapatan yang lebih dari ibu bapanya selepas menandatangani kontrak bersama organisasi esports Jerman.

Pemain legend, Jonathan Wendel juga telah berjaya mendapat wang sebanyak RM1.5 juta selepas menyertai sebanyak 35 pertandingan dalam masa lapan tahun!

Fuh, hakikatnya kalau nak gaji besar kita pun kenalah berani ambil risiko kan?

Baca Lagi:
Belanjawan 2023: Ini yang anak muda dapat selepas 4 bulan
Licik susun giliran nak bersama, peguam dedah kendali kes wanita ada 2 suami
Menu kantin sekolah jadi perhatian, pelajar bayar RM2 dapat nasi putih, ayam besar ibu jari undang ramai sebak
CATEGORIES