5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia. Kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak menjadi perhatian ramai. Apatah lagi apabila ada diantaranya berakhir dengan kehilangan yang tragis.

Ketika berita terpampang di dada akhbar dan heboh diperkatakan, ramai merasakan tiada lagi tempat selamat untuk anak-anak bermain melainkan di depan mata ibu bapa atau di rumah sendiri.

Kebimbangan tidak pernah reda memikirkan keselamatan anak-anak. Apatah lagi apabila kini pelbagai dakwaan kes culik berlaku di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Mengimbas kembali kisah tragis menimpa anak-anak di Malaysia, SinarPlus menyenaraikan lima kes yang pernah menggemparkan negara.

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

1. TING SONG SHENG, 12 JANUARI 1996

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

26 tahun lalu, Tin Song Sheng, 7 diculik ketika sedang menunggu bas di perkarangan sekolah untuk pulang ke rumahnya. Ketika itu, sesi persekolahan baharu sahaja bermula dua minggu.

Beliau kali terakhir dilihat meninggalkan perkarangan sekolah bersama seorang wanita Cina pertengahan usia. Ibu bapa Song Sheng, Gan Kim Choo dan Tin Kuwi Diun sanggup berhabisan dalam berusaha mencari anak mereka. Sehingga kini, Song Sheng tidak dapat dikesan.

2. NURIN JAZLIN, 20 OGOS 2007

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Tragedi melibatkan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, bermula selepas dia dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengesan murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur itu.

Pada pagi 17 September 2007, sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai di PJS 1/48, Petaling Jaya ditemui oleh pemilik kedai.

Beg itu mengandungi badan kanak-kanak yang mengalami kecederaan teruk. Hasil daripada ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat itu merupakan Nurin Jazlin.

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Belum reda kes Nurin Jazlin, kes seumpama itu kembali menghantui rakyat Malaysia apabila seorang lagi kanak-kanak perempuan, Sharlinie Mohd Nashar, 5, turut dilaporkan hilang awal Januari 2008.

Sharlinie dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Tahun demi tahun berlalu sehingga Sharlinie gagal ditemui.

4. MUHAMMAD ASMAWI JALALUDIN, MAC 2008

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Muhammad Asmawi Jalaludin, 11, hilang ketika dalam perjalanan pulang berdekatan rumahnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak lelaki ini dilaporkan hilang setelah pulang bermain bersama seorang rakan tidak jauh dari kawasan rumahnya. Sama seperti kes Sharlinie, sehingga kini Muhammad Asmawi tidak ditemui.

5. NURUL NADIRAH ABDULLAH, 1 MAC 2012

5 kes tragis kanak-kanak yang menggemparkan, menyayat hati pernah berlaku di Malaysia

Nurul Nadirah Abdullah atau lebih mesra dipanggil Dirang, 5, dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012. Dirang dikatakan telah keluar untuk membeli mi segera dan telur di sebuah kedai runcit bawah rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Sama seperti kes kehilangan yang lain, Dirang telah ditemui mati akibat dibunuh dan dibakar pada 8 Mac 2012. Pencarian Dirang berakhir selepas sekujur mayat rentung ditemui di sebuah tapak perumahan terbengkalai di Damai, Masai dan disahkan identitinya.

Suspek yang diberkas polis dikatakan mencekik Dirang sehingga maut sebelum mayat kanak-kanak itu dimasukkan ke dalam lubang lalu dibakar. Motifnya adalah kerana suspek tidak berpuas hati dihina dan dipandang rendah oleh nenek Dirang.

Suspek dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada tahun 2013 selepas didapati bersalah membunuh.

Kes-kes ini mungkin sedikit tetapi hakikatnya sebanyak 15,042 kes kehilangan kanak-kanak dan remaja dilapor dari tahun 2011 hingga Mei 2019. Negeri Johor mencatat jumlah tertinggi iaitu 2,372 kes.

Walaupun kisah-kisah berkaitan penculikan tular baru-baru ini dikatakan palsu dan salah faham, tidak rugi rasanya jika ibu bapa mempertingkatkan waspada.

Baca Lagi:
Keluarga Altantuya Shaariibuu menang saman RM5 juta
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Kerajaan Perpaduan gugurkan semua lantikan politik serta-merta
CATEGORIES