5 kelebihan roti keping yang ramai tak tahu, kalau tamat tempoh jangan buang!

5 kelebihan roti keping yang ramai tak tahu, kalau tamat tempoh jangan buang!

5 kelebihan roti keping yang ramai tak tahu, kalau tamat tempoh jangan buang! ROTI yang tamat tempoh mempunyai pelbagai kegunaan yang ramai tidak tahu. Roti adalah makanan ruji yang sangat popular sejak berjuta tahun yang dahulu.

Ia merupakan makanan berasaskan tepung dan air yang mana diadun dengan tambahan pelbagai bahan dan cara untuk menghasilkannya. Ini menyebabkan terhasilnya pelbagai jenis roti dengan rupa bentuk tekstur dan rasa yang berbeza.

Secara asasnya, roti tanpa tambahan bahan lain dan hanya berasaskan tepung dan air mempunyai kalori yang rendah iaitu 264 kalori bagi 100 g roti.

5 kelebihan roti keping yang ramai tak tahu, kalau tamat tempoh jangan buang!

Salah satu cara pembuatan roti yang mudah adalah di mana tepung gandum digaul dengan yis untuk menghasilkan doh dan dibakar dalam oven. Roti menjadi kenyal dan melantun disebabkan gluten yang tinggi.

Roti mudah menjadi berkulat disebabkan kelembapan roti yang tinggi, suhu yang hangat dan berangin yang menggalakan pembiakan kulapuk. Kulapuk mendapat nutrien yang mencukupi untuk membiak melalui roti. Oleh sebab itu, pengilang akan meletakkan tempoh anggaran roti mampu bertahan dari jangkitan kulat.

Apabila tempoh tamat roti telah sampai, ramai orang yang gemar membuang roti tersebut kerana takut keracunan makanan. Di bawah ini disenaraikan beberapa kegunaan roti yang telah tamat tempoh.

1) Menghilangkan bau peti sejuk

Pasti anda tidak tahan apabila peti ais anda mengeluarkan bau yang kurang enak kerana terlalu banyak makanan di dalamnya. Bau-bauan ini kadang-kadang menjadikan kita buntu dan kadangkala terasa was-was dengan kebersihan makanan yang berada dalam peti sejuk.

Selain menggunakan arang yang perlu dibeli, apa kata anda gunakan apa yang ada di rumah. Anda boleh menghilangkan bau peti sejuk ini dengan mengambil roti yang telah tamat tempoh lalu dibakar di dalam pembakar roti sehingga garing. Roti yang telah garing itu diletakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari untuk menyerap bau di dalam peti ais lalu bolehlah dibuang selepas itu.

2) Dijadikan serbuk roti

Serbuk roti sangat enak dijadikan penambah rasa bagi masakan untuk menjadikan sesuatu makanan rangup contohnya apabila membuat salutan bebola ayam dan macam-macam resepi lain.

Serbuk roti banyak terdapat dijual di pasaran dalam pelbagai jenama, tetapi apa kata anda buat sendiri dengan menggunakan roti yang sudah tamat tempoh tetapi masih belum berkulat.

Caranya sangat mudah. Ambil roti tersebut dan dipotong kecil-kecil. Kemudian, susun di dalam loyang pembakar dan bakar sehingga garing pada kepanasan tertentu. Setelah itu, roti tersebut dikisar kering dan terhasillah serbuk roti. Serbuk roti boleh disimpan selama beberapa bulan asalkan diletakkan dalam bekas tertutup dan tidak terdedah kepada kelembapan.

3) Mengutip kaca

Pernah tak anda tercedera ketika mengutip kaca yang jatuh di lantai? Kadangkala akibat kecuaian, kita terlanggar bingkai gambar atau menjatuhkan barangan kaca.

Pasti tindakan pantas yang terlintas di fikiran anda adalah cepat-cepat ingin mengutip kaca tersebut agar tidak mencederakan anda ataupun ahli keluarga anda yang lain. Malangnya mengutip dengan tangan boleh mencederakan anda. Menyapu dengan penyapu juga kadangkala meninggalkan serpihan kecil yang boleh mencederakan kaki anda dan orang yang menggunakan laluan tersebut.

Selepas ini, apa kata anda cuba gunakan roti yang telah tamat tempoh untuk mengutip kaca yang bersepah di atas lantai dengan melekapkan roti tersebut di kawasan kaca halus yg bersepah.

4) Jadikan baja pokok

Pasti anda tidak tahu bahawa roti sangat berkesan untuk dijadikan baja. Terdapat 2 cara untuk membuat baja ini. Cara pertama yang paling mudah ialah, ambil roti yang telah tamat tempoh, kemudian dikeringkan di bawah cahaya matahari ataupun bolehlah dibakar di dalam pemanggang.

Kemudian, ramaskan roti yang telah kering itu sehingga hancur dan bolehlah ditabur di sekeliling pasu atau tanaman anda. Ia akan memberikan nutrien kepada tanaman-tanaman anda.

Cara kedua adalah dengan membuat baja berasaskan mikroorganisma dengan hanya menggunakan roti dan air melalui proses peraman.

Caranya, ambil 3-4 keping roti yang telah tamat tempoh tetapi masih elok dan tidak berkulat, lalu dimasukkan ke dalam botol minuman 2L. Kemudian, penuhkan botol tersebut diisikan dengan air yang telah ditapis atau air hujan. Jangan menggunakan air paip kerana air paip mengandungi kandungan klorin.

Kemudian tutup botol tersebut dan simpan ditempat gelap selama 4-7 hari. Selepas itu, anda boleh gunakan air peraman itu dengan mencampurkan dengan setengah baldi air tidak berklorin dan bolehlah menyiram pokok anda.

Air peraman roti ini boleh bertahan hingga 14 hari. Air peraman ini boleh bertahan 6-12 bulan jika mikroorganisma di dalamnya dibekalkan dengan makanan iaitu dengan meletakkan sedikit gula di dalamnya 2 kali sebulan.

5) Jadikan makanan haiwan

Roti yang tamat tempoh janganlah terus dibuang sebaliknya anda boleh beriadah bersama keluarga dengan membawa roti tersebut ke kawasan yang kelihatan banyak burung atau monyet.

Anda bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran, berbuat ihsan kepada binatang malah dapat membuat satu aktiviti yang berfaedah bersama keluarga anda.

Baca Lagi:
Pengarah PBT didakwa pujuk isteri orang lakukan persetubuhan haram
“Aku baru kahwin dengan duda kematian isteri, aku jadi pelik disuruh pakai semua barang arwah walaupun tak muat”
Axia harga RM22,000, ini 5 info yang korang wajib tahu sebelum buat order
CATEGORIES